Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, January 12, 2011

Nasi Goreng jerrr....

Salam....ni menu lunch semlm..ntah ler..cam malas jer nak memasak semalam..dinner pun tak masak..makan kat luar..takde mood sungguh.
Tengok nasi ada sikit, sudahnya masak sikit lagi untuk tambah..cukuplah untuk kami 4 beranak.. Nasi Goreng Simple
by Rabiatun@sweettouch

bahan: (cukup untuk 4 org)
3 mangkuk nasi
*2 tbsp ikan bilis
*3 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
*1 biji cili merah- dipotong
1 keping isi ayam-dihiris nipis dan letak sedikit garam kunyit
4 ketul bebola sotong-dipotong dadu
2 batang sosej-dihiris
5 batang kacang buncis-dipotong kecil
sedikit kicap manis dan masin
sedikit garam(jk perlu)
sedikit minyak utk menumis
sedikit air

Cara:
1)Tumbuk bahan bertanda (*) hingga lumat.
2). Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga pecah minyak, masukkan ayam, sosej dan bebola sotong. Kacau seketika. Masukkan sedikit air, jk perlu.
3). Masukkan kacang buncis dan kicap masin dan manis. Kacau.
4). Masukkan nasi..gaul sebati..rasakan masin dan manisnya dah ngam..bolehlah dihidang.



1 comment:

NurFatihah Che Daud said...

Simple2 tu la yg sedap pun kn....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...