Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, March 30, 2011

Puding Strawberry

~Assalamualaikum~

Alkisahnyer Tun buat puding ni hasil dari sekodeng rumah kak Dayang. Oleh kerana kehabisan blueberry filling, Tun guna ajer la Strawberry Filling balance dari strawberry cheesecake yg di order last week. Itu pun tinggal sikit ajer Tun masak ler strawberry filling tu tambah sedikit air dan juga sedikit gula. Alhamdulillah, ok nampaknyer.

Sedap! Mintak izin yer kak Dayang untuk Tun letakkan resipinya kat sini buat rujukan lain kali. Mekasih banyak...
Ni sebelum di make up!


PUDING BLUEBERRY (Strawberry)
Bahan-bahan :
10 g serbuk agar-agar cap Tiga Ros
1/3 cawan jus / inti bluberi ~ Tun guna strawberry filling3/4 cawan gula pasir (-/+) ~ Tun kurangkan sikit
4 sb susu pekat manis
1 cawan air (250 ml) ~ Tun tambah lagi 100ml
2 cawan susu segar (500 ml)
1 sb mentega
2 sb tepung kastard + 2 sb air (dibancuhkan)
Cara-cara :
Satukan air bersama gula dan serbuk agar-agar. Didihkan hingga larut.
Masukkan susu segar dan susu pekat. Kacau sebati.
Masukkan bahan-bahan selebihnya dan kacau lagi hingga kelihatan pekat.
Tuangkan ke dalam bekas besesuaian dan sejukkan terlebih dahulu.
Hiaskan dgn topping blueberry atau fresh blueberries. Sedia untuk dinikmati.


2 comments:

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Comel comelnya puding Tun...

Rabiatun Adawyah said...

terima kasih Nazrah..masuk acuan ajer. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...