Monday, July 29, 2013

Mee Goreng Tauhu


Mee Goreng Tauhu
resipi: Kak Yatie
Dicuba: Rabiatun

Bahan-bahan
  • 1 bungkus mee kuning (1 kg)- cuci dan toskan
  • 1 cwn daging yg telah di rebus
  • 1 cwn fish ball/fish cake
  • 3 keping tauhu- di hancurkan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 biji tomato belah 6
  • taugeh dan sawi secukupnya
  • garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan di kisar
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 3 sudu besar udang kering-rendam dan toskan

Cara-cara
  1. Kisar bawang putih, bawang merah dan udang kering sehingga halus.
  2. Panaskan minyak & tumis bahan2 yg di kisar tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi.
  3. Bila cili dah masak, masukkan tauhu yg telah di hancurkan dan gaul sebati. Masukkan daging.
  4. Masukkan sos tiram,sos cili, sos tomato dan kicap. Tambah garam dan sedikit gula.
  5. Masukkan mee & gaul rata,masukkan sawi dan tomato, biarkan dalam 5 minit. Masukkan taugeh dan gaulkan biar rata.
  6. Bila rasa dah ok, matikan api dan bolehlah di hidangkan bersama hirisan timun dan hirisan limau kasturi.

Friday, July 26, 2013

Brokoli Goreng

Brokoli Goreng
by Rabiatun@sweettouch

bahan: (1 family)
7 biji sweet peas
6 potong brokoli
1/4 batang carrot (dipotong nipis)
4 hiris isi ayam (boleh guna sotong dan udang)
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1/2 biji cili merah (dihiris)
1 tsp tepung jagung (dibancuh dengan 1/4 cawan air - jika nak kuah banyak leh tambah)
1 tbsp sos tiram
sedikit garam

Cara:

1). Gaul ayam dengan sedikit kunyit dan garam. Ketepikan.
2). Panaskan sedikit minyak, masukkan isi ayam kacau sehingga isi ayam masak. Jika nak letak sotong pun boleh buat cara yang sama. Angkat atau ketepikan.
3). Tumis bawang putih guna minyak tadi. Setelah itu, masukkan ayam.
4). Masukkan sayur kacang dan brokoli. Kacau. Masak dengan api yang agak besar.
5). Masukkan garam dan sos tiram. Kacau sebati.
6). Masukkan air tepung jagung. Rasakan garamnya dah ngam atau tak. Then tutup api. Jangan masak terlalu lama, cukup sekadar brokoli dan sweet peas tu bertukar warna hijau yang cantik.

Ikan Siakap Tiga Rasa


IKAN SIAKAP GORENG TIGA RASA
resipi: Chef Zailina nordin
Sumber: Kak Inahar
Dicuba: Rabiatun

Bahan:-
1 ekor ikan siakap - ni kita goreng dgn tepung berempah segera jek!

Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-
2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis
Cara Memasak:-
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hingga ikan masak. (kita goreng je ikan siakap td dgn tepung berempah ye!)
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan(guna air biasa je sbb x kukus ikan) dan garam serta gula.
  7. Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.
Note: Tun letak sedikit garam, serbuk lada sulah dan tabur tepung jagung ke atas ikan. Goreng dengan minyak hingga garing dan masak.

Puding Roti Butterscotch

PUDING ROTI BUTTERSCOTCH
Resipi: Kak Hanilieza
Dicuba: Rabiatun

Bahan
  • 1 bungkus roti butterscotch
  • 1 tin susu cair
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1/2 cawan kismis
  • 4 sudu besar mentega
Cara Membuat
1. Sapukan mentega pada roti dan potong kecil.
2. Susunkan roti di dalam loyang yang telah disapu mentega.
3. Taburkan kismis setiap lapisan susunan roti.
4, Kacau rata susu cair dengan telur, esen vanilla dan gula.
5, Tuangkan keatas roti yang telah disusun di dalam loyang. Biarkan selama 15 minit. .
6. Kukuskan di dalam pemanggang ajaib selama 40-50 minit.
7. Sejukkan dahulu sebelum dipotong dan hidangkan.

Wednesday, July 24, 2013

Tauhu Masak Sos


Tauhu Masak Sos
resipi: Rabiatun

Bahan-bahan
  • 2 keping Tauhu 
  • 2 sdb sos Cili
  • 2 sdb sos Tomato
  • 1 sdb sos ikan
  • sedikit sos tiram
  • 1/4 biji bawang besar - dipotong
  • minyak masak secukupnya
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit air
Bahan tumbuk/cincang:
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
Cara:
Tauhu digoreng dan di potong. Ketepikan.
Tumiskan bahan yang ditumbuk/dicincang hingga wangi. Masuk bahan sos.
Jika agak kering, boleh tambahkan sedikit air. Perasakan dengan garam dan gula (jk perlu)
Masukkan tauhu dan bawang besar. Sedia dihidang.

Sambal Belacan Mangga Muda

SAMBAL BELACAN MANGGA MUDA
resipi: Kak Ita Masam Manis
dicuba: Rabiatun
Bahan
  • 15 tangkai cili padi
  • 3 batang cili merah
  • sedikit belacan bakar
  • 1/2 biji bawang besar (tak letak)
  • 1 biji buah mangga separuh masak ~ di hiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara:
  1. Tumbuk kesemua bahan kecuali mangga hingga halus
  2. Masukkan mangga dan gaul rata
  3. akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa

Monday, July 22, 2013

KETAM BEREMPAH


Ketam Berempah
dicuba: Rabiatun 

Bahan-bahan :
6 ekor ketam (digaul bersama kunyit dan garam kemudian digoreng hingga masak)
6 biji cili padi (diketuk)
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
1 tangkai daun kari
1/2 cawan susu cair/santan cair
1/4 cawan air
1 sdt serbuk ketumbar
1 sdt serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk kari (dibuat pes)
1 sudu besar mentega/marjerin
1 biji telur
garam dan sedikit gula

Cara-cara :
  1. Panaskan mentega/marjerin di dlm kuali. Tumis bawang putih dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan pes kari. Masak hingga garing.
  3. Masukkan susu cair/santan, air, cili padi, garam dan gula secukupnya. Kacau sebati.
  4. Pecahkan telur dan kacau perlahan.
  5. Akhir sekali masukkan ketam. Gaulkan.
  6. Setelah masak, hidangkan. Enjoy

Kerabu Mangga ala SRS

KERABU MANGGA Ala CRS
resipi : K.Nor@SecubitGaram
dicuba: Rabiatun

Bahan:
  • 5 bj buah mangga muda
  • sedikit kapur makan
  • 3 bj bawang merah ~ dihiris halus
  • 3 - 5 bj cili padi hijau dan merah ~ dihiris halus
  • 2 - 3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar sos ikan
Cara:
  1. Sagat halus mangga yg dah dibuang kulit dan rendam dalam sedikit air kapur utk merangupkannya.
  2. Bilas bersih dan toskan.
  3. Masukkan kedalam sebuah mangkuk dan masukkan kesemua bahan2 lain.
  4. Gaul hingga sebati dan biarkan sebentar supaya semua bahan2 mesra.
  5. Boleh lah dihidangkan.
* K.Nor tak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dari sos ikan.

Tomyam Campur

 Tom Yam Campur
resipi: Farihafaizal@MYR
dicuba: Rabiatun


Bahan-bahan ( 4 orang makan )
  • 3 ketul ayam-potong kecil
  • 4 ekor sotong-potong bulat
  • Udang-kuantiti ikut suka
  • *1 ulas bawang putih, ( Tun letak 3 ulas)
  • 1 ulas bawang merah&sedikit halia ( Tun tak letak)
  • 1-2 batang serai-titik
  • 1 ketul kiub tomyam
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 batang salery-potong serong
  • 1 labu bawang besar-potong bulat
  • 1/2 batang lobak merah-potong panjang
  • 1 biji tomato-potong 4
  • Minyak utk menumis
  • Air&garam secukupnya
  • Cili api (Tum Tambah)
Cara-cara
  1. Panaskan periuk dgn sedikit minyak..tumis bahan2 bertanda*.Masukkan ayam..gaul.
  2. Masukkan garam&air secukupnya.Masukkan lobak merah.Masukkan serai yg telah dititik.
  3. Masukkan kiub tomyam.sotong,udang,daun limau purut&salery.
  4. Akhir sekali masukkan tomato&bawang besar.Tunggu hingga bahan2 masak boleh lah ditutup api.

Saturday, July 20, 2013

Sotong Goreng Kunyit

Sotong Goreng Kunyit
resipi: Kak Wana
by: Rabiatun

Bahan:
  • 400 – 500 g sotong ( di bersihkan, buang perutnya dan di potong )
  • 1 labu bawang besar ( di potong )
  • 2 ulas bawang putih ( di pecah atau di tumbuk )
  • 2 hiris halia
  • 1 biji cili merah ( di iris )
  • 6 biji cili padi ( sebiji2 atau di pecahkan sedikit )
  • sedikit daun ketumbar ( di potong )
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • sedikit gula
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk kunyit.

Cara Penyediaan
1. Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit dan garam kemudian masak dalam kuali hingga kering airnya.
2. Bila sotong telah kering airnya, angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali tadi masukkan 2 sudu besar minyak masak tumis bawang putih, halia, bawang besar cili merah dan cili padi. Tumis hingga berbau harum dan layu.
4. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Akhir sekali masukkan sotong dan daun ketumbar.
5. Kacau seketika, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Friday, July 19, 2013

Lightning Mc Queen Cake


 Order yang lepas... terima kasih kerana sudi order. More cakes here : CupofCakes1




Lala Tumis Tiram Bertelur


Lala Tumis Tiram Bertelur
resipi: RASA
dicuba: Rabiatun

BAHAN-BAHAN:
  • 500gm lala | diberskihkan
  • 4 biji bawang merah l dikisar
  • 3 biji cili merah l dikisar
  • 2 ulas bawang putih l dikisar
  • 2 tangkai daun bawang | dihiris memanjang 
  • 2 biji telur
  • 2 batang serai | diketuk (tak letak)
  • Sos tiram secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:
1 Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis serai dan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak dan berbau wangi.
2 Selepas itu masukkan sos tiram secukupnya, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga sebati.
3 Masukkan lala dan dikacau rata.Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air.
4 Selepas itu pecahkan telur dan kacau sebati melitupi lala. Biarkan lala masak sebentar.
5 Angkat dan sedia dihidangkan.

Thursday, July 18, 2013

Heavenly Milo & Oreo Jelly (Agar-Agar Milo Lapis Oreo)

Heavenly Milo & Oreo Jelly (Agar-Agar Milo Lapis Oreo)
By: AlongRoz@HomeKreation
Saiz: 8" persegi

BAHAN2:
  • 1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
  • 750ml Air
  • 160g Gula
  • 1 tin (400g) Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis
CARA2:
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.
3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:
a. Janagn tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

Hujan...

 hujan di awal pagi ...terasa sejuk dan nyaman sekali..

PERIA GORENG TELUR BERSAMA SOTONG

Peria Kambas Goreng Telur
resipi: CMG
dicuba: Rabiatun

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji peria kambas saiz sederhana
1 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tiram
1/2 kiub ikan bilis (optional)
Garam secukup rasa
Sedikit air
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1 biji cili merah*(*ditumbuk hancur)
* Tun tambah 2 ekor sotong

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Belah dua peria kambas, buang empulurnya, kemudian belah lagi dan potong seroang sederhana tebal. Rendam dalam air bergaram. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk hancur hingga harum, masukkan sos tiram, kacau rata dan tuang sedikit air. Masukkan peria kambas (toskan) dan kiub ikan bilis (jika guna). Kacau rata dan masak hingga peria lembut sedikit.
  3. Tambah garam secukup rasa, kacau rata. Perlahan2 tuang telur pada keliling kuali. Bila kelihatan telur mengeras sedikit. Gaul rata dengan peria kambas. Masak hingga telur seakan2 bersalut dengan peria kambas. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain..

TELUR SARDIN


Telur Sardin
Resipi: CMG
Dicuba: Rabiatun

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A
1 tin kecil sardine cap ayam (atau sebarang jenama) ambik isinya dan hancurkan
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan halia, cincang halus
Sedikit daun bawang
1 camca besar mayonnaise
Sedikit serbuk lada hitam
Secubit garam
1/2 camca teh baking powder

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan sardine, bawang besar, bawang putih, halia, hirisan cili hijau/merah, mayonnaise serbuk lada hitam, baking powder dan secubit garam. Kacau semua tadi hingga rata.
  2. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam no.1 kacau rata2. Panaskan non-stick pan dengan sedikit minyak. Tuang 1 senduk bancuhan tadi dan masak dengan api kecil. Tutup pan dengan tudung periuk. Masak hingga permukaan telur kering. Terbalikkan dan masak lagi hingga perang.
  3. Buat kaedah sama dengan baki bancuhan. Kalau anda guna pan atau kuali besar, mungkin dapat sekeping atau dua. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..

Tuesday, July 16, 2013

Butter Prawn

Iftar Ramadhan 2013
BUTTER PRAWN
resipi asal : Nita
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan2:
12 ekor udang saiz besar
2 sudu besar butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
  1. Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak,ketepikan. 
  2. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
  3. Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
  4. Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. 
  5. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.
* Tun tak matikan api, tuang kuning telur (Tun tambah sedikit putih telur), angkat tinggi masa tuang tu sedikit demi sedikit, sambil tangan kanan kacau secara pusingan di dalam 1 arah sahaja. Guna belakang senduk. Pastikan menggunakan minyak yang  agak banyak. Apabila dah bertali, henti kacau ngn senduk cuma kaup balik/ kuis2 dengan chopstik supaya ia garing serata. Then, toskan minyaknya.