Wednesday, July 24, 2013

Tauhu Masak Sos


Tauhu Masak Sos
resipi: Rabiatun

Bahan-bahan
  • 2 keping Tauhu 
  • 2 sdb sos Cili
  • 2 sdb sos Tomato
  • 1 sdb sos ikan
  • sedikit sos tiram
  • 1/4 biji bawang besar - dipotong
  • minyak masak secukupnya
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit air
Bahan tumbuk/cincang:
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
Cara:
Tauhu digoreng dan di potong. Ketepikan.
Tumiskan bahan yang ditumbuk/dicincang hingga wangi. Masuk bahan sos.
Jika agak kering, boleh tambahkan sedikit air. Perasakan dengan garam dan gula (jk perlu)
Masukkan tauhu dan bawang besar. Sedia dihidang.

No comments:

Post a Comment