Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Thursday, August 2, 2012

Iftar hari ke 12 Ramadhan

Assalamualaikum...menu Iftar semalam... Kerabu Daging. Kali ni Tun cuba resipi dari Kak Nor..Rasanya lebih kurang dengan kerabu Daging yang biasa Tun buat sebelum ni, cuma yang berbeza resipi dari Kak Nor ni kena bakar dulu. Tun punya resipi just direbus dengan di sapu sedikit kunyit pada daging. Begitu juga dengan kerabu sotong dan juga perut lembu..sedap..hihihihi..

Meh layan resipi mabeles dari kak Nor ni..sedap. Kena dengan selera Tun anak beranak. Alhamdulillah. Tadi sebenarnya risau juga, sebab ada bagi pada jiran sedikit..sedikit risau jika termasin sahaja..maklumlah masak tanpa dapat merasa ni kan..Tapi alhamdulillah dengan izin Allah semuanya dipermudahkan Allah dan rasa pun secukup rasa..Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Kak Nor sudi berkongsi resipinya.

Oooppssss....lupa nak citer..Tun buat style Tun letak timun yang dibuang bijinya dan dipotong dadu, kacang panjang dipotong bulat. Tak letak daun pudina sbb takde stok. Meh tengok resipinya...

KERABU DAGING DGN MANGGA MUDA
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Dicuba : Rabiatun @ Sweettouch


Bahan:
350gm daging batang pinang
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar kicap


Cara:
  1. Perap daging dgn kesemua bahan selama 1/2 - 1 jam.
  2. Bakar /gril hingga masak (boleh juga dimasak atas frying pan)
  3. Hiris daging nipis2 dgn kaedah melawan urat supaya daging tidak liat.
  4. Ketepikan.
Bahan lain:
1/2 biji bawang besar ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 batang serai ~ dihiris nipis
5 - 7 biji cili padi ~ dihiris
1 biji mangga muda ~ disagat halus
1 sudu besar cili serbuk kasar
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1 biji limau nipis ~ diambil airnya
daun pudina ~ dicarik2kan
daun ketumbar ~ dihiris

Cara:
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul.
  2. Masukkan pula daging yg dah dihiris tadi dan gaul lagi hingga sebati.
  3. Perapkan seketika baru lah dihidangkan.
* K.Nor tak letak garam sbb dah ada rasa masin dari sos ikan dan daging juga telah diperap dgn garam sebelum dibakar. Tun juga tak tambah garam dan rasanya sudah sedang elok. Insya-Allah.
SELAMAT BERPUASA

3 comments:

Gee® said...

Adoiiii...terlior sudah!

Amie said...

owhh sedapnya! lagilah dengan perahan limau tu...

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...