Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, March 29, 2011

Singgang Bendi

~Assalamualaikum~

Aduyaiiii..lamanyer tak sapu2 kat rumah ni hah..dah berhabuk sakan..sawang sana sini..Bukannyer mood merudum ker haper, tapi last few days sibuk ya amat..order bertubi2, mana yang nak mereply order, nak baking lagi, nak delivary lagikk..uhuhuhu..penat sungguh. Alhamdulillah syukur atas rezeki yang Allah swt berikan pada hambaNya ini.Walapun camtu sibuk, makan pakai anak2 serta suami tetap diutamakan. Tu yang paling penting.Tetap No 1.
Sebenarnyer banyak N3 yang tertinggal ni, dan juga resipi2 baru yang nak dikongsikan, tapi masa pula yang tak mengizinkan. Yelah kan, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Apapun hambaMu ini tetap bersyukur.
Buat permulaan, layan lah menu yg tak seberapa ni. Menu ni merupakan menu nostalgia tau..Masa dulu2 mum selalu masakkan utk kami adik beradik, suker sangat dengan masakan yang masam2 singgang camni. Jom tengok resipinyer.

Singgang Bendi
by Rabiatun @ Sweettouch

6 biji bendi - dibersihkan dan dipotong serong
2 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
2 keping asam keping - ikut nak masam camner yer
air
1 inci lengkuas - dihiris
garam dan sedikit gula

Cara:
1). Masukkan air, bawang merah dan bawang putih serta lengkuas ke dalam periuk. Didihkan.
2). Apabila mendidih, masukkan bendi. Masak hingga bendi lembut. Rasa kuahnyer. Bolehlah dihidangkan.

Note:
* Jika taknak bendi belendir, potong bendi masa dah dekat nak masukkan ia ke dalam periuk didih td.
* Warna bendi akan bertukar pucat juga walaupun kita matikan api semasa ianyer masih segar. Ini kerana tindakbalas dari asam dalam kuahnyer.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...