~Assalamualaikum~
Malam tadi Tun ada buat roti kentang ni untuk breakfast pagi ni. Memang dah lama resipi dari CMG ni ada dalam simpanan dan teringin benar nak membuatnyer. Rasanyer ramai dah yang buat roti ni kan...tapi yang ingatnyer ada pernah nampak Kak Nor pun pernah post N3 roti kentang ni. Tun gi gali resipi dari rumah kak Nor ni dah lama tauuu..hihihi..
Bak kata Kak Nor, roti gebu gebas...mmg gebu gebas tauuu..hihihi..
Terima kasih buat penyumbang resipi CMG dan juga Kak Nor yang baru kuar dalam JELITA tu..keluaran April ni.. Tahniah yer kak Nor dan juga Hana Japan. Sesiapa yg lum beli tu majalah tu, leh la gi cari. Jangan lupa dapatkannya dipasaran yer.
Mintak izin kopipes resipi ni kat sini pula yer kak. Terima kasih daun keladi....
Tun letak inti kastard dan ada juga yang diletak inti kacang merah..sedap!
sumber: SecubitGaramNor67
Bahan Doh :-)135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver1/2 camca teh bread softerner
Bahan Kastard - Resipi Mat sendiri :-)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA:-)
UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang.
No comments:
Post a Comment