Assalamualaikum, kisah ni last year masa cuti sekolah...masa tu jugalah majlis Khatan si abang (anak sulung Tun) Nabil. Dan masa ni jugalah Tun ada big order budget cuppies for wedding yang 1500pcs tu.
Sehari sebelum si abang selamat dikhatankan, my hubby bawalah anak2 ke pantai untuk puaskan hati yang nak kena khatan tue ler, main apa yang dia nak dan penuhi segala yang diinginkan oleh si anak ler kan.

Si adik (Muqri Uzair) berehat setelah kepenatan bermain dan berlari.



Camnilah rupa cengkerangnya..gambar pinjam dari Pakcik Google
Gambar ihsan dari pakcik Google
Sesudah Maghrib, baru Tun tengok luka di kaki Darwis..memang terkejut dibuatnya. Time tu jugak Tun gesa hubby hantar kami ke klinik. Akhirnya Darwis diberi suntikan kerana cengkerang tu ada poison dan supaya lukanya tak melarat serta lambat sembuh. Kami di bawa ke bilik yang lain untuk luka kaki Darwis dicuci dan diletakkan cream sebelum dibalut. Doctor juga sarankan agar ianya tak perlu dijahit. Alhamdulillah juga, takdelah merisaukan hati si ibu...dan syukur juga Darwis sikit pun tak menangis dan nampak cekal hatinya walaupun siibu tahu ianya sudah pasti amat menyakitkan bagi kanak2 yang berumur 5 tahun.
No comments:
Post a Comment