Wednesday, August 1, 2012

Iftar hari ke 11 Ramadhan



 Assalamualaikum..ni menu semalam jugak..Udang Garing Daun Kesom. Selepas teruja tengok kak Ummi tayang kat fb, pastu tambah lagi diikuti dengan kak Dayang plak tayang..huhuhu..tergoda habis..Alhamdulillah dapat mencuba juga akhirnya.hehehehe..tak sangka menu ringkas begini menghasilkan masakan yang sedap. Maceh Chef Kamarul..dan juga Kak Ummi yang sudi share..Macehhh....

UDANG GARING DAUN KESUM
Resepi: Chef Kamarul @ Majalah Saji
Sumber Dicuba rasa : Ummi @ Home Sweet Home dan dayang@dapurkusayang

Dicuba: Rabiatun

Bahan:-
500 gm udang (sederhana besar)
Minyak masak untuk menggoreng

Bahan Perap:-
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu kecil lada hitam kisar
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam

Bahan Cincang:-
6 ulas bawang putih
3 cm halia
1 tangkai besar daun kesum
1 tangkai kecil daun selasih (*akak xda ni)
1 tangkai kecil daun kari
1 tangkai cili merah

Cara Memasak:-
  1. Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya.
  2. Gaul udang bersama bahan perapan. (*akak perap 20 minit).
  3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga benar-benar garing. Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga agak garing.
  5. Masukkan pula cili merah dan diikuti daun kesum dan daun selasih. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.
  6. Masukkan semula udang tadi dan gaul rata sebentar. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas....Memang enak seehhh! ^____^

4 comments: