Ni menu simple berbuka semalam. Daging Goreng Sos Tiram. Jom tengok resipinya:
Daging Goreng Sos Tiram
resipi : Rabiatun @ Sweettouch
Bahan: (anggaran 1 hidangan untuk 5 orang)
300g daging - dihiris lawan ira dan dicuci bersih dan toskan.
1/2 labu bawang besar-dipotong bulat
1 biji cili merah - dihiris
4 biji cili api-dipotong serong
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plum
4 batang kacang buncis - dipotong serong
1/2 cawan air
garam dan kunyit
sedikit minyak masak
Cara:
1). Daging digaulkan dengan garam dan kunyit. Masukkan daging ke dalam kuali dan tutup dengan tudung periuk. Biarkan dengan api sederhana.
2). Sesekali kacau daging supaya masak sekata. Apabila air hampir kering, masukkan sedikit minyak masak.
3). Goreng daging seketika tapi jangan terlalu garing.
4). Masukkan bawang besar dan juga cili. Diikuti sos tiram dan juga sos plum.
5). Masukkan air, supaya ia bergaul mesra. Kacau seketika sehingga kuah pekat..bolehla diangkat.
No comments:
Post a Comment