Monday, July 30, 2012

Iftar hari ke 2 Ramadhan

Juadah yang Tun selalu buat bila tiba Ramadhan. Butir Nakorrr akar Bubur Biji Nangka. Meh layan resipinya:

Bubur Butir Nangka
resipi : Rabiatun

Bahan:
1/2 pack tepung beras pulut
sedikit pewarna hijau
air secukupnya

Bahan untuk kuah:
200 ml santan kotak
300+- ml air (kuah tak perlu pekat sangat)
1/2 tsp garam
gula (terlupa Tun letak berapa sudu nnt Tun update lagi yer)
1/2 tsp halba
2 hiris halia - dimayang

Cara:
1). Masak kuahnya dahulu. Didihkan santan dan semua bahan lain sehingga masak. Kena selalu kacau supaya ia tidak berketul. Ketepikan.
2). Satukan tepung, pewarna hijau. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga jadi doh.
3). Didihkan air..dan cubit sedikit adunan dan gentelkan jadi seperti biji nangka.
4). Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih. Buat hingga habis adunan..Sambil2 tu angkat kuih yang telah terapung di permukaan air yang sedang mendidih tu (tanda kuih dah masak) dan masukkan ke dalam kuah.

Iftar hari ke 4 Ramadhan

 Assalamualaikum..Selamat Berpuasa.. Minta maaf banyak2 lambat betul nak update. Kesian kenkawan yang duk komen kat fb nun..Kesibukan mengukis dan jadual harian agak membataskan Tun untuk terus mengupdate blog kesayangan ni. Apapun Tun akan cuba..insya-Allah..Wish me luck ya! :)
 Meh layan tiramisu yang Tun buat untuk dijadikan dessert berbuka pada hari ke 4 berpuasa ni. Kali ni Tun buat Kiwi Tiramisu. Resipi yang pernah Tun post dulu...boleh tengok sini yer. Cuma kelainan sedikit Tun tambah Mascarpone Cheese. Kes nak habiskan cheese tu sebenarnya. Lagi 1 Tun just guna whipping cream sepenuhnya dan tambah sedikit gelatin powder pada adunan cheese.
 Alhamdulillah ramai yang dah cuba resipi  yang tak seberapa ni..terima kasih banyak terutamanya Kak Nor yang tak jemu ulang tayang dr resipi Tun yg tak seberapa ni..begitu juga kak Azlita yang turut sama mencuba. Tak lupa juga pada kenkawan lain yang pernah mencuba..maaf bebanyak, mungkin Tun dah terlepas pandang..Terima kasih banyak diucapkan.

Blueberry Tiramisu
by: Rabiatun

Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ sifted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.

Cara:
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)

Note Rabiatun:
* Jika nak lebih terasa masam, boleh celupkan biskut ke dalam jus oren sebelum disusun ke dalam bekas.
* Jika tiada whipped cream, boleh guna whipping cream sahaja..dan mungkin kena tambah sedikit gula icing. Rasa dulu adunan tu yer.
* Boleh juga gantikan cream cheese tu dgn mascapone.
* Sesuai dengan strawberry, kiwi, orange, mango dan sebagainya.
SELAMAT BERPUASA

Monday, July 23, 2012

Iftar hari ke 3 Ramadhan

Puding karamel
Resipi : Alia@myresipi.com
Sumber : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )
400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila

Bahan untuk Karamel:
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Cara-cara
  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais
* Tun tak kukus puding ni, tapi bakar di dalam oven seperti cara2 di atas.
* Tun tapiskan adunan yang telah siap dicampur ke dalam loyang sebelum di bakar untuk menghasilkan puding yang cantik dan licin serta tidak ada lubang2 pada puding.Insya-Allah.
 Puding ni manisnya dah sedang elok..tak manis sangat..pendek kata dah ok rasanya. 1 adunan ni cukup untuk 1 family yang tak ramai. Rasanya lemak2....sedap. Cuba la.
SELAMAT BERBUKA PUASA

Thursday, July 5, 2012

Kaswi Pandan

Assalamualaikum..Menu breakfast pagi tadi. Citernya malam tadi Tun siapkan order apam polkaDots untuk Kak Norliza. Sayang pulak sebab alang2 mengukus buat sekalilah kan. Selepas selesai yang apa perlu disiapkan, terus Tun godek resipi ni yang telah Tun save kat lappy.Lagipun resipinya agak mudah juga..Kejap jer dah siap dibancuh. Resipi dari Asmah Hashim. Tun ambik dari FB. Terima kasih di atas resipinya.

KASWI PANDAN
Resipi Asal : Asmah Hashim
Dicuba oleh: Rabiatun @ Sweettouch

Bahan2nya:-
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawang gula- kalau nak manis tambahlah lagi
2 cawan air
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 sudu pewarna hijau
1 sdt garam
1/2 sdt kapur

Caranya:
1). Semua bahan disatukan dan blend halus. Kalau tak blend kenalah tapis ya
2). Kukus selama setengah jam atau sehingga masak.
3). bolehlah di makan bersama kelapa parut yang telah dikukus terlebih dahulu agar tahan lama..