Monday, January 10, 2011

Kacang Botol Bercili


Salam, hari ni terasa sedih sikit sebab ada something yang sungguh tak terduga ada yang sampai hati nak buat camtu. Tak sangka sungguh, niat asal saya buat blog ini adalah untuk sekadar catatan resipi yang pernah saya cuba dan juga apa yang telah saya masak di rumah..my cook pad ler kiranya. Apa yang saya sumbangkan kat sini adalah untuk berkongsi bersama selain menjadi rujukan diri sendiri dan anak2 bila besar nanti.

Saya juga mengalu-alukan sekiranya ada yang ingin mencuba resipi yang telah saya paparkan di sini, terima kasih saya ucapkan..cuma ingin sangat saya katakan sudilah kiranya andai kalian meletak link atau sekurang2nya menyatakan dimana resipi tu diambil...ini pun merupakan suatu penghargaan buat saya. Sungguh dukacita sekali benda ni berlaku ke atas diri saya..yelah, bukannya blogger yang terkenal pun..itupun masih lagi ada yang ingin mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Sesungguhnya, saya berserah kepada Allah s.w.t yang maha mengetahui dan maha adil..sungguh dari hati kecil saya, saya tidak meredhai....

Apapun, saya ingin letak resipi yang menjadi hidangan makan malam ni.

Kacang Botol Bercili
bahan:
8 batang kacang botol- dicuci dan dipotong nipis secara menyerong.
2 tbsp ikan bilis
2 ulas bawang merah
1 biji cili merah
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam
1/2 cwn air
Cara:
1). Tumbuk cili besar, bawang merah hingga lumat. Masukkan ikan bilis, tumbuk ala2 manja jer yer..kasi pecah.
2). Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
3). Masukkan kacang botol, kacau. Tuang 1/2 cawan air tadi. Kacau seketika.
4). Perasakan dengan garam, dan apabila kacang botol telah bertukar warna hijau yang cantik dan segar, tutup apinya.

* Sebolehnya tak perlu masak kacang botol terlalu lama..cukup ia bertukar warna bolehlah diangkat..sebab ianya sedap dimakan rangup mcm ulam ler kan. :-)

No comments:

Post a Comment