Mintak izin kak Nor, nak tempek resipi ni kat N3 Tun ni pulak yer. tq my dear!
Semua mabeles, cuma Tun kekurangan daun kunyit..ni pun pitong sikit yang kat dalam pasu tue harrr..hehehee..
Ayam Panggang Kuali
by Kak Nor
Sumber: Rabiatun@sweettouch
1 ekor ayam ~ dipotong kecik sket
1 labu bawang besar ~ yg ni k.nor tambah (Tun ikut k.nor juga)
5 bj bawang merah
3 ulas bawang putih
1 in halia
1/2 in lengkuas
2 batang serai
3 bj cili merah ~ tambah lg kalau nak lagi pedas
3 bj cili api2 bj buah keras sedikit kunyit hidup(blend bahan2 di atas)
santan (sedikit saja) -Tun guna santan kotak ajer.
2 kpg asam keping
daun kunyit
daun limau purut
garamnisan/gula melaka ~ k.nor tak guna gula tp guna nisan (sama ngn kak Nor, guna nisan)
air secukupnya
Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg diblend hingga pecah minyak.Masukkan ayam.Kacau dan masak hingga isi ayam kecut sket dan masukkan air.Masak hingga mendidih dan masukkan santan.Tutup kuali sehingga kuah mendidih dan masukkan garam, nisan/gula/gula melaka dan asam keping.Masak lah hingga kuah agak2 kering dan masukkan daun kunyit dan daun limau purut yg dah dihiris halus.Kacau2 sekejap biar sebati dan boleh la ditutup api
Mengikut kata Yatt dan Kak Nor, masakan ni sedap dimakan dengan ketupat dan lontong..tp Tun cuma mkn dengan nasi ajer..sedap.
No comments:
Post a Comment