Thursday, January 6, 2011

Sayur Betik

Masakan ni memang membuatkan ku rindu pada mummy. Hari tu teringin nak makan sayur betik ni.. kebetulan semasa amik anakku yang sulung bercuti khatan di kampung hubby sebab sebagai cucu sulong lelaki, atuknya mintak nak jagakan. Kami iakan sajelah kan..takpelah kalau PIL nak jaga.

Berbalik citernyer yer..hihihi. Semasa lepak2 kat pangkin, MIL offer betik muda yang sarat tergantung kat pokok..apalagi, memang macam orang mengantuk disorongkan bantal ler..nak ajer..laju jer suh hubby gi petik buahnyer tu. Begitu ler selalunya..klu dah nak balik KL, MIL dan PIL keliling umah ler..amik apa yang patut..kesian juga..bukanlah itu yang ku harapkan..tapi aku paham hati orang tua dan kita sebagai anak kena jaga..lebih2 lagi mertua..dah macam ibu bapa sendiri. Kalau parents aku pun macam tu.. Ntahla..mungkin sebab aku memang sayang dan terasa kasih pada orang yang lebih tua..dari kecil lagi aku dan adik beradik diajar begitu.

Masih ku ingat dulu, ada seorang, onyang..(arwah moyang)..selalu datang rumah kami. Kami adik beradik selalu juga mandikan onyang, sabunkan badan dan syampukan rambut putihnya. Sebab tu aku faham. Apapun AL-FATIHAH buat arwah onyang dan semoga rohnya berada dikalangan para solihin. Amin...

Okies...cerita panjang pulak malam ni ekk...apa kata kita tengok resipinyer yer.

Sayur Betik by Rabiatun
1/2 biji buah betik- dicuci dan dipotong serong
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 hiris lengkuas (optional tak letak pun takper)
1 1/2 cwn santan (ikut nak banyak ker sikit)
sedikit kunyit hidup
garam
cara:
1). Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit dan lengkuas hingga lumat.
2). Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk, sentiasa kacau kuahnya supaya santan tidak berketul.
3). Bila betik sudah agak layu, tambah garam. Biar sekejap, kemudian padam api.

No comments:

Post a Comment