Assalamualaikum....project untuk minum petang. Tun sebolehnya mencari resipi mudah dan cepat untuk dibuat ..nak2 time kesibukan dengan order.. Alhamdulillah, hasil singgah ke dapur Izah, terpaut dengan Cucur Donut ni..Cucur Donut ni Izah bagi nama sebab time tu dia guna kaedah seperti membuat cekodok ataupun cucur semasa menggoreng. Asalnya guna kaedah picit antara ibu jari dan juga jari telunjuk..Kalau nak tengok hasilnya boleh singgah sini. Resipi yang telah di cut oleh Izah jd 1/2 portion dari resipi asalnya iaitu MasterChef Jam Doughnut..Kalau nak tengok cara yang betul dan juga tutorial boleh singgah dapur Kak TTM. Resipi dari MasterChef TV Programme...Ehhh..betul ker? hahaha...Kalau salah betulkan ehh..
Memang tak rugi mencuba resipi ni..Bukan sahaja gebus dan sedap, malah ianya cukup mudah untuk disediakan. Tun pun ambik peluang buat macam jemput2 ajer..hahahaha...Suka sangat bab2 resipi mudah dan cepat begini... :)
Buat Izah dan juga Kak TTM, terima kasih banyak atas kesudian share resipi mudah ni..Senang kerja Tun. TQ..TQVM :)
sumber: TTM dan Izah Daut
Bahan-bahan:
- 220ml susu segar , panaskan 37C. *suhu agak2 je hingga dapat mencairkan butter
- 50g unsalted butter, lembutkan * izah letak 3 sudu besar
- 30g gula kastor *izah letak 4 sb
- 2 biji telur
- 5g dried yeast *izah letak 1 3/4 sk
- 2 cwn tepung gandum
- Minyak masak untuk menggoreng
- 200g raspberry jam *izah tak letak
- clotted cream, to serve *izah tak letak
- 2 tsp lavender flowers* izah tak letak
- 100g caster sugar
Caranya:
- Panaskan susu segar ke 37 C. *Agak2 sehingga boleh mencairkan butter pada suhu bilik.
- Masukkan butter dalam susu dan sebatikan.
- Masukkan pula gula dan telur ayam. Sebatikan.
- Ceduk 1/2 cawan adunan susu tadi letak ke dalam mangkuk kecil.
- Kemudian bancuh yis dengan 1/2 cawan susu tadi.
- Masukkan semuLa bancuhan yis ke dalam adunan susu.
- *izah tak bancuh yis tu dengan susu pun. Izah satukan yis bersama tepung. Kemudian tuang susu n telur. Kacau rata.
- Tepung di masukkan ke dalam mangkuk besar dan buatkan lubang ditengahnya.
- Curah adunan susu tadi ke dalam lubang tepung dan kacau sehingga sebati menggunakan senduk.
- Biarkan adunan selama sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
- Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng.
- Cara menggorengnya adalah ambil adunan menggunakan tangan dan ramas sehingga adunan keluar diantara jari telunjuk dan jari ibu.
- Coated dengan jem kegemaran atau gula.
Tun, montoks nya cucur donut tu...tergoda kak gee....
ReplyDeleteKak Gee : Kak memang Tun rekemen buat ni kak..gebus dan lembut donut ni..sedap..tp nak kena masak api kecik sebab nak pastikan masak dalam dia..ihhihi..buat kak..buat..sedap tau..
ReplyDeletesalam kak tun....menggiurkan btol donut tu....hihihihi
ReplyDeleteAssalamualaikum Tun..
ReplyDeleteAduhai! Sedapnya Cucur Donat Tu...Rasa Mcm Nak Ngap! Jer...
nampak bukan main sodap lagi cucur b ni...
ReplyDelete