Tentu kenkawan semua menyediakan juadah yang sedap2 belaka yer..Bagi Tun yang beraya di kampung hubby kali ni, just menyambutnya seadanya sahaja..Lagipun seharian hujan renyai2, jadi kami tak beraya kemanalah..cuma stay kat rumah ajer. Tun turut menyediakan juadah buat tetamu yang hadir.. Antara yang menjadi pilihan ialah Nasi Dagang Kelantan, Gulai Ikan Tongkol beserta Acar dan juga Nasi Impit bersama Kuah Kacang..semuanya resipi dari Mum. Terima kasih buat Mummy tersayang..Insya-Allah next year kita beraya bersama.
Tapi kan.....gambar juadah yang Tun sediakan tu takde la teringat nak snap...jadi Tun gantikan dengan Ketupat Palas yang dibuat lepas raya Puasa dulu..tapi Tun tak sempat nak post N3 nya..Tun cuma buat 1/2 dari resipi ni..klu tak silap..dah lupa la plak.uhuhu....Resipi asalnya dari Cheq Sue..Terima kasih banyak berkongsi..Bolehla merasa ketupat palas kegemaran ni..Mita izin letak resipinya kat sini yer..Terima kasih :)
KETUPAT PALAS
Resipi: Cheq Sue
Sumber : Rabiatun @ Sweettouch
Bahan-bahan :
- 1 kg beras pulut - rendam 5-6 jam
- 2 1/2 cawan santan pekat - dari 2 / 3 biji kelapa
- 1 3/4 cawan gula
- 2 sudu besar garam kasar
- daun palas secukupnya - dalam 50-60 biji jika saiz daun besar
- daun pisang sebagai alternatif jika tak cukup daun palas
Cara-cara :
- - campur santan pekat dengan garam dan kacau sehingga garam hancur
- - panaskan kukusan sehingga air mendidih **sediakan santan dahulu sebelum mengukus pulut
- - masukkan beras pulut ke dalam kukusan yang telah di alas dengan jala atau kain untuk mengelakkan pulut jatuh ke bawah (bagi kukusan yang berlubang besar). Kukus selama 20-30 minit atau sehingga pulut "naik wap" (keluar wap air pada bahagian tutup kukusan) atau sehingga pulut masak
- - bila sudah masak, masukkan ke dalam mangkuk / besen bersesuaian, kacau sebentar dan masukkan santan yang telah dicampur dengan garam tadi
- - kacau menggunakan senduk kayu supaya santan sekata pada pulut dan tiada ketul2 pada pulut
- - setelah sebati dan santan telah diserap oleh pulut, masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus sekali lagi selama 20-30 minit
- - bila sudah "naik wap" sekali lagi, masukkan semula pulut ke dalam mangkuk / besen dan tuangkan pula gula
- - kacau sehingga gula hancur dan pulut bergaul mesra (pada masa ni pulut sedikit berair)
- - sementara menunggu pulut sejuk, bolehlah dikacau sesekali untuk menghilangkan air gula pada besen yang digunakan dan memastikan air gula dapat diserap sepenuhnya oleh pulut. (Kalau masa ni pulut agak lembik tapi jangan risau ianya akan mengeras bila sejuk)
- - bolehlah dibungkus menggunakan daun palas atau daun pisang...
Sedapnyer...Ni ketupat lemak tau..makan dicicah dengan manisan (gula kabung) yang dicairkan...best!
Sedapnya ketupat daun palas ni, tp Liza biasa mkn ngan rendang, xpernah pulak mkn ngan nise..
ReplyDeleteboleh ajar step by step cara membungkus ketupat palas tu.terima kasih.
ReplyDeleteadussss...sedapnya ketupat palas ni....dah lama tak makan....akak penat belajar dgn mak cara membungkus stail Pantai Timur cam gambo Tun ni, tapi masih tak lepas2 huhuhu....
ReplyDeleterindunya nak mkn ketupat... plg suka ketupat serunding daging+kacang... hmmm tak toleh kiri kanan sedar2 habis sepinggan...heheh
ReplyDeleteLiza: hihihi...Liza, biasa kalau negeri Pantai Timur, mmg dicicah dngn nise cair..hihihi..Apapun, pulut memang sedap klu digandingkan dengan rendang, kan.. :D
ReplyDeleteAnonymous, next time tinggalkan nama yer..Terima kasih..
ReplyDeleteInsya-Allah, klu ada lagi daun palas akan saya tunjukkan cara membungkus...Alhamdulillah, ni pun jenuh nak disiapkan..hihihi...Maklumlah dulu2 belajar dengan arwah nenek ajer, ingat2 lupa..hihihi
Kak NoorMasri: Tun pun tak lepas sangat lagi ni kak..huhuhu..jenuh la juga nak siapkan..sakit pinggang dibuatnyer..hihihi..Arwah nenek ajar tarik daun palas tu guna kain bersih sebab tangan dah berminyak2, kan..hihi..
ReplyDeleteCik Puan Izan: Akak pun suka Izan...ketupat isi dengan serunding dan kacang..Tapi takdelah akak pernah buat yang tu..huhuhuu....Insya-Allah next time nak juga mencuba...
ReplyDeleteTerima kasih Izan
ketupat palas yg lemak sedap cicah ngan nise...hihi
ReplyDeletemy feberet...:)