Friday, November 4, 2011

Donut Kentang

Assalamualaikum. Morning..morning..Pagi  yang indah ceria..Panahan sang mentari pagi yang menyegarkan...Dah breakfast ker? Makan aper pagi ni? Tun buat Donut Kentang untuk breakfast pagi ni..ada Bihun Goreng juga. Meh la makan..Sedap ni..hihihi..
Sebelum ni Tun pernah buat Donut Keledek tapi belum pernah try dengan resipi asalnya menggunakan kentang. Kali ni Tun try dengan ubi kentang pula. Resipi dari Ros Onigiri..Lama tak sembang dan dengar cerita dari Ros ni. Apapun semoga Ros dan keluarga sihat yer. Akak mintak izin kopipes resipinya sekali lagi kat sini..Terima kasih Ros.

DONUT KENTANG
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya:
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
Tips:
( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

Caranya:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..
Jom breakfast :)

15 comments:

  1. as-salam
    comel2 donut kentang tu..npk sedap..

    ReplyDelete
  2. amboii, bukan main elok bersusun siap berbedak dah, dah bolehlah disantap ni..

    ReplyDelete
  3. Tun,
    Along nak angkat dgn pinggan nya sekali... berkenan tengok donut comel & pinggan bujur tu!

    ReplyDelete
  4. mmg nmpk cun donut tu, rasa pun cnfrm sedap..

    ReplyDelete
  5. Ady : W'salam, try ler ady..sedap tau..hihihi...

    ReplyDelete
  6. Sari Yusa Ibrahim: hihihi..klu berbedap mcm tepung gomak ni, baru anak2 Tun suker..hihihi...

    ReplyDelete
  7. AlongRoz: Silakan kak..hihihi...Lagi pun aa 2 beradik pinggan ni :D

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya kak tun.. ita suka donut ni.. geram rasa nak buat lagi..:)

    ReplyDelete
  9. salam kenal...^^ selalu jengok2 blog ni tapi baru skrg follow... nti nak try resepi donut kentang nilah... nampak lembut jer.. selalunya buat donut biasa jer

    ReplyDelete
  10. Juwita: Selamat hari raya juga buat Ita..sedapkan Ita..Insya-Allah akak pun nak buat lagi..ada permintaan nampaknyer..hihihi...

    ReplyDelete
  11. Cik Puan Izan: Salam kenal juga :) silakan mencuba..Insya-Allah tak mengecewakan :)

    ReplyDelete