Saturday, May 7, 2011

Tuna Puff

Nak kongsi sikit resipi yang selalu Tun duk guna bila buat Tuna puff.. walaupun intinya bertukar dengan benda lain, tapi Tun tetap reffer resipi ni sebagai panduan..Bukan taknak cuba resipi lain, tapi belum sampai seru lagi lah agaknyer.hehehe...

Resipi asal dari Skyblue MyR...Mintak izin letak resipi kat sini yer Lydia...thanks :D

Tuna Puff


Bahan-bahan ( 12 Puff )

  • 2 keping Puff Pastry
  • 1 tin Tuna (ketulan dlm minyak/air)
  • 1 biji Bawang Besar (dicincang)
  • 1/2 cawan Jagung (dlm tin atau frozen)
  • 2 sudu besar Mayonnaise
  • Sedikit garam dan lada hitam
  • 1 biji telur (dipukul dgn sedikit susu segar)

Cara-cara

  1. Buangkan minyak/air dalam tin, tuangkan tuna ke dalam mangkuk besar.
  2. Masukan bawang besar yang dicincang, jagung, mayonnaise, garam and lada hitam. Kacau hingga rata dan ketepikan.
  3. Puff pastry dipotong dan dibahagikan 6 keping.
  4. Isikan satu sudu besar tuna ke atas pastry. Lipatkan pastry dan tutup hujungnya degan garpu. Ulang sampai habis.
  5. Sapukan puff degan telur. Bakar puff pada suhu 200C selama 20minit.
Rangup makan panas2..best!


2 comments:

  1. sedappnya tuna puff...
    lama dah tak buat..

    ReplyDelete
  2. tun,puff ni tun bt sendiri ke.nmpak rangup n ringan.sll sy guna jenama kawan mcm berat je *ikut tuan agaknye..hehe :)

    ReplyDelete