Monday, May 16, 2011

Roti Goreng Rangup lagiii...

 ~Assalamualaikum~


Selamat hari guru kepada semua guru2 yang telah banyak menabur bakti sehingga anak2 murid berjaya apabila sudah meningkat dewasa. Setiap penat lelah serta pengorbanan, tak terbalas rasanya. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya. TERIMA KASIH, CIKGU!


Menu ulang  tayang yang jadi permintaan sianak bujang malam tadi. Pagi ni si ibu buat breakfast dengan roti goreng rangup ni..cuma yang berbeza, Tun potong kecik2 4 segi pula...Selalunya Tun potong 3 segi size comey...comey.. ajer..
 Malam tadi, ketiga2 anak bujang demam, pagi ni siibunya pula ikut demam sama. Hari ni, semua melepek ajer, nasib baik Mr Hubby ambik cuti, ringan sikit la si ibu. Jadi untuk hari ni takde la tayangan masak memasak..kalau ada pun cuma tayangan bersiri ajer.huhuhu..Lauk pauk pun sumer dari kedai..gantung periuk dan kuali hari ni cuma masak nasi dan sediakan bubur nasik jer. Lagipun, dalam esbox dah takde lauk sebab semalam tak keluar pergi pasar..Cadangnyer nak ke pasar hari ni, tak laratla plak..petang nanti baru nak gi..Mintak2 la badan sihat sikit. Hubby plak sibuk sebab ada appointment..dah keluar lepas lunch tadi..petang baru balik.
Okies, tak larat dah ni nak pot pet panjang, jom kita tengok resipinya. Resipi asal dari Hasue..terima kasih Sue. memang dah jadi antara menu peberet family dah ni, Sue. Izinkan akak letak resipinya kat sini sekali lagi. Terima Kasih ^__^


Roti Goreng Rangup
source: Rabiatun @ Sweettouch

Bahan-bahan:

  • 8 keping roti
  •  Serikaya - Secukupnya ~ Tun guna inti kacang merah
  • 2 cawan Tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sm Marjerin
  • 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 tsp bijan hitam ~ Tun tambah 


Cara-cara:
  1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
  2.  Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
  4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
  5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)
Nota biru:
1). Adunan yang sama boleh juga untuk menggoreng pisang,keledek,keladi,cempedak dan sebagainya yg memerlukan adunan tepung goreng..
2). Tun buang kerak dan potong empat roti tu. Kecik2 sedap digigit dan rangup.



7 comments:

  1. KAk tunnnnnn!!! gorengkan kitanyer sekali nak buat makan petang2 karang nanti hihihi... masuk list lah, nk buat ptg ni tp tak de roti lah pulak! hihihi

    ReplyDelete
  2. mas pun suka roti goreng ni...
    sedappp..

    ReplyDelete
  3. haa..roti kat rumah ni pun dah abis...kat rumah Mas mesti banyak roti...boleh mintak wat roti goreng ni...

    ReplyDelete
  4. Ira pun dah 2 kali buat, anak2 suka betul. Tapi sedihnya tak sempat nak ngap gambarnya

    ReplyDelete
  5. meh tuka ngn sotong kak... hehehe... siyes!... mmg suka roti ni... ;)

    ReplyDelete
  6. salam kenal...
    tumpang kaki yea, nak mintak ambik resepi...bleh yea...:)

    ReplyDelete
  7. salam kenal...
    tumpang kaki yea, nak mintak ambik resepi...bleh yea...:)

    ReplyDelete