~Assalamualaikum~
Hari ni masih lagi Tun nak letak N3 tertangguh yakni bersiri..dah basi pun kiranya ni..takpelah kan.hihihi..Terasa lama sangat tak masuk teratak usang ni..bukan setakat berhabuk dan bersawang - sawang, malah dan bertambang usang jadinyer dah..ni baru nak sapu2 ni..take time lagi....takpelah yer...siput dan kuyer2 nak bekerja..hehehe..Mintak maaf juga kepada kawan2 yang sudi singgah dan meninggalkan komen, tak sempat Tun nak reply lagi ni. Jasa balik kalian amat Tun hargai..Insya-Allah,Tun akan reply secepat mungkin..
Pasal N3 pula, bukannyer taknak update, tapi last 2 weeks ketiga2 anak Tun demam..dahla hampir nak exam, kan. Kesian si abang...Alhamdulillah, dapat cover sebelum tarikh peperiksaan last Friday. Cuma yang bongsu, Muqri paling teruk demamnya..makan ubat tak kebah2..kena tumpu lebih sikit padanya. Makan pun dia tak berselera langsung..hari2 cuma nak hirup sup ajer..tu pun Tun selit2kan letak bubur nasi dan juga pasta kat dalam sup dia. Alhamdulillah, setelah seminggu demam, ubat pun habis dah...dia beransur pulih..skang ni Alhamdulillah dah nak makan.
Okies berbalik kepada N3 menu Tun hari ni pula yer. Tun amat suka buat pau resipi dari CMG dan juga 1 lagi resipi dari Yani. Resipi dari 2 orang yang memang terror dalam bidang masak2 ni, selalu juga Tun buat. Tapi kali ni, Tun menggunakan resipi CMG yang diambil dari MyR...salah 1 resipi pau faberet family Tun. Jadi, untuk memudahkan Tun buat rujukan dilain kali, izinkan Tun letak resipinya kat sini pula..memandangkan sebelum ni, belum pernah Tun post resipi kuih pau walaupun dah berkali2 Tun buat...dengan pelbagai jenis inti termasuk dari inti resipi asal CMG,kacang merah, kari ayam dan inti kelapa. Yang paling Tun suka sebab bahagian kulit pau ni boleh dikopek..best! Terima kasih kepada CMG di atas resipinya yer.
Yang paling Tun suka...kulitnya boleh dikopek camni..beshhhh!!!
Pau
Pau
resipi by: CMG MyR
sumber : Rabiatun @ Sweettouch
Bahan-bahan ( 10 biji )
- UNTUK DOH:-
- 240 g tepung "Hong Kong", guna tepung pau pun ok (Tun guna special pau flour)
- 1 camca teh "Double Acting" Baking Powder + 1/2 camca teh garam
- 1 camca teh yis
- 25 g lemak sayur (shortening)
- 100 ml air suam*
- 30 g gula halus*
- 1/2 camca teh cuka*(*disatukan dan kacau hingga gula larut)
- UNTUK INTI:-
- 2 biji kentang, kupas dan potong dadu kecil2
- 1 biji bawang besar, dicincang halus
- 2 ulas bawang putih, dicincang halus
- 2 camca besar serbuk kari ikan
- 1 tin ikan tuna, hancurkan
- 1 cawan susu segar
- 1/2 camca teh minyak bijan (kalau suka)
- 1 tangkai daun kari, dihiris halus
- 1 tangkai daun sup, dihiris halus
- Garam, gula dan air secukupnya
- Cara-cara
- Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur. Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti. Masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula. Adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin). Perap doh selama 45 minit.
- UNTUK INTI:- Panaskan minyak masak + minyak bijan dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang besar dan daun kari hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Masukkan kentang yg tlh didadu dan juga ikan tuna. Tuang susu dan masukkan garam dan gula secukup rasa, masak dgn api perlahan hingga kentang empuk dan inti kering. Masukkan cincangan daun sup, gaul rata, matikan api dan sejukkan.
- Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin. Bahagi kepala 10 bahagian, bulat2kan. Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tgn, sudukan inti yg tlh sejuk tadi dan cantum doh sehingga menutupi inti. Bulat2kan doh tadi dan letak diatas sekeping kertas (2inci x 2 inci) yg tlh disapu dgn lemak sayur.
- Buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.
- Kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.
- Untuk doh tadi boleh juga menggunakan bread maker, melalui setting utk doh. Masukkan kesemua bhn dan tekan setting utk doh dan tunggu hingga siap.
Tengah sejukkan atas redai..^__^
cian anak2 kan kalau mereka demam.. mcm anak diana irfan pun lom sembuh2 lg... nie nak p kk lagi nie.. asthma dia pun dah naik dah.. :(
ReplyDeletemmg nmpk gebu pau tu tun.. kalau keluarga akak kan tun.. mesti nak pau yg boleh d kopek mcm tu... hehehe..
perghh gebuss...petang ni jugak buat..sekaya home-made dah ada...balik opis nnt operasi pau..tak tahan tengok pau tun tu...:))
ReplyDeleteDiana : tu la..kesian memang kurus jadinya dek kerana tak selera nak makan...ooo..anak akak ada asthma, mcm anak Tun yg 2nd tu, tak boleh jugak sejuk2..pernafasan dia terganggu...kena care lebih sikit.
ReplyDeleteItu la..ni kawan2 Tun yang Chinese yang ajar makan pau kopek2 kulit masa kerja dulu..hihihi.. :)
Anonymous : saper nama ni yer..hihihi..
ReplyDeletesedap tu letak sekaya..nak2 yg homemade lagi..mesti la lagi melotop2 sedapnyer...Jom operasi kat dapur plak balik kang..hihihi Selamat Mencuba :)