Thursday, May 5, 2011

Kek Pisang Sempoi

Semasa jemput Darwis dari sekolah semalam, Tun beli sesikat pisang berangan. Balik ker rumah, memang duk berangan nak buat something dengan pisang tuh untuk minum petangnya.
Alih2, bile lepas lunch dan dah siap bersih dapur sumer..gi ambik pisang tadi tu kat meja..pisang yang sesikat tu dah tinggal 5 bijik..hahahaa..Tak sedar langsung bila la budak berdua ni kerjakan..hahaha..Memang suka sangat makan pisang selain daripada buah apple. Selalunya Tun beli 2 sikat kalau nak dibuat kuih atau apa2 yang guna pisang..tp semalam cuma tinggal sesikat ajer yang elok..rezeki Tun anak beranak agaknyer..hihihi..

Last2 godek jugalah Kek Pisang Sempoi resipi dari Sofinar MyR...setelah puas duk sekodeng kat MyR..hihihi...Dah ramai yang dah buat kek ni tau...berderet juga orang duk hantar report kat MyR nun.. >_<
Terima kasih banyak Sofinar, alhamdulillah gebus dan lembut kek ni. Buatnyer pun mudah. Tun masukkan ajer semua bahan ke dalam blender dan blend hingga hancur.. Manisnya pun dah ngam...pendek kata memang SEDAP!..hihihi... Cuma Tun bahagikan sikit adunan dan tambah 1 tbsp cocoa powder untuk dibuat marble. Jom tengok resipinya:

Kek Pisang Sempoi
source : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 150g pisang emas - dilecek (Tun guna 2 bijik pisang Berangan)
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam

Cara-cara

  1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  2. masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda
Tak tahu dimana silapnyer, kek Tun ni di landa gempa bumi plak..hihihi...tapi rasa maintain SEDAP..hihihi..


6 comments:

  1. coklat dan pisang..memang sedap tun...

    ReplyDelete
  2. akak..janji sedapppppp...
    cantik belang2 kek tu....

    ReplyDelete
  3. Kak Nazrah: betul tu kak..sedap..hihih

    ReplyDelete
  4. Mas: yer Mas..janji ikut selera anak tekak kiter, kan..hihihi..Mekasih..

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi buat kek nie.. pasti sedapkagabungan coklat n pisang...

    ReplyDelete
  6. Diana: sy pun pertama kali buat..hihihi..walaupun resipi dah lama dalam simpanan..cuba la Diana, moga2 memenuhi citarasa.. :D

    ReplyDelete