Friday, May 6, 2011

Ayam Goreng Berempah Serai

Menu dinner malam tadi..resipi asal dari rumah kak Nor..Mekasih banyak kak..izin copy resipi kat sini yer.. Mekasihhhh..hihihi..Dah takleh nak ckp banyak ni..ngantuk ya amat..nak kena masuk titun dah..ni pun dah pukul 12 lebih nih..huhuhu..

AYAM GORENG BEREMPAH SERAI
resipi: K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
  • 1/2 ekor ayam ~ dipotong
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 in kunyit hidup
  • sedikit garam kasar
  • 3 btg serai ~ dihiris
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar cili mesin
  • sedikit perahan limau nipis/kasturi
  • 2 - 3 sudu air
  • 1 tangkai daun kari
  • minyak utk menggoreng

Cara:
  1. Tumbuk bawang putih, kunyit hidup dan garam hingga lumat.
  2. Masukkan serai dan tumbuk lagi (tak perlu lumat sekadar melembutkan serai jer)
  3. Gaulkan bahan tumbuk dgn serbuk kari, cili mesin, perahan limau, air dan daun kari hingga menjadi paste.
  4. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati.
  5. Perap sekurang2nya 1/2 jam
  6. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak/garing.
  7. Angkat, toskan dan boleh lah dihidangkan panas2.
Alhamdulillah...kenyang..hihihi.. >__<



2 comments:

  1. sedappnya ayam goreng.....
    meh seketoi...he..he..

    ReplyDelete
  2. Mas cayang: akak pun suker ni..hihih.
    meh la singgah.. :D

    ReplyDelete