Sunday, May 15, 2011

Bihun Goreng Udang

Menu bekpes pagi tadi..Bihun Goreng Udang. Tun goreng bihun ni sebelum kami sekeluarga keluar shopping..Kami pergi area Chowkit untuk beli household...memang giler ahhhh..Bukan giler aper...meroyan tengok macam2 barang...boleh kat bulan ni sajer, dah 2 kali Tun pergi.hehehehee....Nasib hubby sporting..TQ My Dear Hubby!
Apapun, meh kiter tengok resipi bihun ni yer. Jommmmm....>__<
Bihun Goreng Udang
by Rabiatun @ Sweettouch
Bahan:
  • 2 cekak bihun ~ (Tun guna yg packaging besor yg mcm org niaga, susah nak kire camner)
  • 5 ulas bawang merah - tumbuk
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2-3 tbsp udang kering - rendam dan toskan
  • 2 keping tauhu - goreng dan potong
  • 10 ekor udang - size sedang
  • 4-5 tbsp cili kisar
  • 2 - 3 tbsp sos tiram
  • 2 tbsp kicap manis
  • 1 tbsp kicap masin (standby jika bihun tawar garam)
  • sedikit taugeh (jika suka)
  • sedikit sawi - dipotong
  • sedikit kobis
  • sedikit daun sup dan daun bawang
  • minyak untuk menumis
  • garam
  • air (jika perlu)
Cara: 
  1. Rendam bihun dengan air suam hingga lembut. Bilas dan toskan.
  2. Udang yang telah siap dibersihkan, diletak sedikit garam dan kunyit.
  3. Dengan menggunakan minyak lebihan goreng tauhu, goreng pula udang hingga masak dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  4. Tumbuk udang kering kasar2 secara berasingan dengan bawang merah dan putih.
  5. Panaskan minyak masak, masukkan udang kering. Goreng seketika. Setelah agak garing, ketepikan di tepi kuali.
  6. Tumiskan pula cili kisar hingga pecah minyak dan agak masak. Masukkan bawang yang ditumbuk tadi. Jika perlukan air, boleh masukkan sedikit.
  7. Perasankan dengan garam, sos tiram dan juga kicap manis. Boleh masukkan sayur kecuali taugeh. Kacau hingga sayur lembut.
  8. Kemudian, masukkan bihun. Kacau sebati. Rasa masinnya. Jika kurang masin, boleh tambah kicap masin..dan kacau sebati. Masukkan udang goreng tadi, taugeh dan juga tauhu dan gaulkan seketika.
  9. Setelah masak, hidangkan dengan taburan daun bawang  serta daun sup...Jangan lupa hirisan cili merah.


2 comments:

  1. Salam

    kak tun sdp tu mee hoon grg.. mmg suka kalau buat utk Bf... fv family sy juga ni, kenyang sampai tghari...

    ReplyDelete
  2. sheila :
    W'salam. Sama la kiter. akak pun suka juga mihun goreng..pastu makan ngn sos pedas plak...fuhhhh.. :)

    ReplyDelete