~Assalamualaikum~
Selamat malam sumer..ni N3 sebelum masuk titun...Tun nak post N3 kuih yang dibuat tengahari tadi yang dijadikan sebagai menu minum petang. Asalnyer ubi kayu ni dibeli sebagai menu lazim Mr. Hb..iaitu ubi rebus dicicah dengan Sambal Tumis Hitam. Nanti lain kali Tun ceritakan menu nostalgia hubby ni yer. ihihihhi..
Okies, berbalik kepada kuih ni tadi, pagi tadi semasa kemas kat gobok bahan bahan basah, ketemu ubi kayu ada lagi dalam 3 ketoii balance dari buat menu peberet hubby hari tu. Sebelum ia rosak, baik Tun godek sesuatu, kan..tak baik kalau membazir pulak....kan. Pada mulanyer nak buat kek ubi kayu resipi CMG, atau buat Kuih Talam resipi CMG juga..sebab pernah buat dan menjadi...Setelah siap dibersihkan dan diblend, lain plak yang menjadi..hahahahaaa...
Ntah naper dalam kepala duk pikir bagaimana kalau Tun kukus ubi kayu ni, tapi buat lemak2 masin sikit, digaul dengan sedikit kelapa dan dimakan dengan sedikit manisan cair...sedap agaknyer...dan bermulalah episod bantaiiii ajer ler buat.. Dah siap sumer, dalam kepala timbul pulak nak bagi nama aper kuih ni..ntah mcmana terlintas nama lopes sebab rupa dan cara makannyer lebih kurang sama ajer...Kalau bagi nama lopes boleh ker? Ker ada sesaper yang tahu nama kuih ni, bolehjugak inform Tun yer...leh tukar namanyer tu..hihhi..
Lopes Ubi Kayu
by Rabiatun @ Sweettouch
Bahan:
2 cawan ubi kayu yang telah siap diparut dan ditapis
2 cubit garam (guna sudu metric yer)
2 tsp gula
1/4 cawan santan pekat + 2 tbsp air
sedikit kelapa parut ( kalau suka, boleh digaul dengan sedikit garam)
air gula Melaka - Tun guna Manisan yang dicairkan
Cara:
1). Ubi kayu yang telah diparut digaulkan dengan garam, gula dan santan. Masukkan sekali pati dari air perahan ubi kayu tadi. Gaul sebati.
2). Grisskan loyang 8" dengan sedikit mentega. Masukkan ubi kayu tadi ke dalam loyang. Kukuskan selama 25-30 minit atau sehingga masak.
3). Sejukkan sebelum dipotong.
4). Untuk menghidang, potong kuih dengan menggunakan pisang atau gunting dan gaulkan dengan kelapa. Hidangkan dengan manisan atau gula merah yang dicairkan.
wahh sedapnyee!
ReplyDelete