Saturday, April 2, 2011

Kerang Masak Berapi

Lauk lunch kami sekeluarga hari ni. Pagi tadi Tun ada minta hubby belikan sedikit kerang tapi daun saderinyer takde plak Tun sebut..sebab memang tak terniat nak masak Kerang Masak Berapi ni...ingat nak masak benda lain, lain plak yang jadik..hhehehehe...biasala tu kannn..hhihihi..
Lepas sarapan tadi, hubby terus ke site di Subang. Kesibukan seharian di rumah dengan si bongsu membuatkan Tun leka sikit ..lambat nak masak untuk lunch dah plak. Anak2 yang lagi 2 orang tu, takde kat rumah sebab ada kelas..kul 12tgh baru balik. Apabila dorang dah balik, baru terperasan yang Tun belum lagi masak untuk lunch. Call2 hubby dah on d' way.....dalam kepala terus ajer muncul menu yang mudah untuk disiapkan. Per lagi, kirim sekalilah kelapa parut untuk dimakan dengan kuih petang nanti dan juga daun saderi. Tak sampai setengah jam, hidangan dah sedia..Kerang masak Berapi ni Tun masak last sekali sebab masih tunggu daun saderi. hihihi..Tengah tumis2 bahan utama dan masukkan kerang, Mr. Hubby dah sampai rumah, Tun campak ajerlah daun saderi yang telah dibersihkan dan dipotong tu ke dalam kuali..kejap ajer dah masak. Alhamdulillah..syukur rezeki hari ni.. Nasi putih, Kerang Masak Berapi, Ayam Goreng, sambal belacan dan daun Salad...kenyanggg..hihihi..Menu x'press.

Dah banyak kali masak ni, resipi pun dah hafal, but one things yang Tun tak boleh nak percaya bahawa takde 1 pun post N3 mengenainyer..huhuhu....rasanyer gambar masakan ni dah banyak kali amik..huhuhu.. Apapun resipi asal Tun amik dari Sweety Kitchen MYR. Terima kasih banyak kerana sudi berkongsi resipi mabeles ni. Terima kasih juga kepada MyResipi.Com. Mohon post resipinyer kat sini pula untuk rujukan di lain kali yer.

Kerang Masak Berapi


Bahan-bahan ( 2 org makan )
1kg kerang
1cm Halia
4 ulas bawang putih & 1 ulas bawang merah kecil
5 sudu makan sos tiram
10 tangkai cili api
3 helai daun sadri & daun sup - Tun selalu guna daun sadri sahaja.
sesudu minyak makan
2 biji cili merah ~ ni Tun tambah


Cara-cara
1). Kerang direndam dengan asam keping selama 2 jam untuk memudahkan segala kotoran tanggal.toskan dan cuci sampai besih.
2). Rebus skit kerang.tumbuk lumat bawang putih, merah dan lada cili.
3). Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.
4). Masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
5). Masukkan kerang, biar rempah melekat dan sebati.tutup api dan taburkan daun bawang dan sadri
* Tun suka gandakan bahan sos/ bahan tumis sebab anak2 memang sukakan kuahnyer.


No comments:

Post a Comment