Semalam lunch Tun cuma masak ikan celup tepung ajer untuk ratah..di samping nasi goreng dan telur dadar..ntah, semalam agak sibuk sikit dengan tugas seharian..gituew ler kalau weekend pergi berjalan, kerja2 kat rumah spt meng`iron' dan melipat kain baju turut tertangguh..hihihihi...
Jom makan..!
Ikan celup tepung ni amat nostalgia buat Tun tau..semasa kecil2 dulu, mak Tun selalu juga goreng ikan celup tepung ni untuk dicicah dengan sos special resipi dari mak Tun sendiri. Nak2 kalau ikan segar..fuhhhh tak sedar makan berapa ekor pun..seronok sangat. Bukan sahaja ia boleh dimakan begitu sahaja, tetapi ikan celup tepung ni lebih terkenal lagi apabila digandingkan dengan nasi kerabu...betul tak..hihihi..Rasanya2 kalau belah pantai timur, nak2 kalau gi kawasan tepi pantai memang selalu ada menu ni..bukan sahaja ikan, malah ada juga sotong, udang, keropok lekor..turut dijual dan dicelup tepung.. Sedap betul dapat ratah sotong dan ikan segar cicah dengan sos cili istimewa..hihihihiiii..betul2 nostalgiaaaa...
Okies, berbalik kepada isi ikan celup tepung ni, Tun tak guna ikan sekor2, tapi Tun cuma ambik isi ikan dan dicelup dengan bancuhan tepung dari resipi Hasue hari tu. Sedap! anak2 Tun suka sangat..Diadaptasikan dari resipi Hasue versi Roti Goreng Rangup cuma Tun tukar guna isi ikan pula..ni versi Roti .Jom tengok resipinya.. dan..Insya-Allah kalau ada masa Tun akan letak picture the making plak...
Isi Ikan Celup Tepung (versi asal Roti Goreng Rangup by Hasue)
Source: Rabiatun @ Sweettouch
Bahan-bahan:
* 5 ekor ikan segar (seeloknyer ikan yng kurang tulang, Tun guna ikan sardin)
Source: Rabiatun @ Sweettouch
Bahan-bahan:
* 5 ekor ikan segar (seeloknyer ikan yng kurang tulang, Tun guna ikan sardin)
Bancuhan tepung resipi Hasue: (Tun hanya buat 1/2 dari adunan ni)
* 2 cawan Tepung gandum
* 2 1/2 cawan air*
* 2 1/2 cawan air*
* 2 sm Marjerin
* 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
* Sedikit pewarna kuning
* 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
* Sedikit pewarna kuning
* 1 tsp bijan hitam ~ Tun tambah
Cara-cara
1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ikan dibersihkan dan dicuci dengan limau nipis. Toskan. Ambil seekor ikan, hiris sedikit ditepinya dan di bahagian atas serta di bahagian ekornya. Mula belah isi ikan dari ekornya ke atas. Kena berhati2 sikit bila tiba di bahagian perutnya sebab kita tak mahu tulangnya ikut sekali. Seeloknya guna pisau yang tajam yer. Setelah dapat isinya, terbalikkan dan potong bahagian tengahnya yang mempunyai tulang sehingga ia menjadi seperti jejari. Buat hingga habis.
3. Kemuadian, panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan isi ikan td ke dalam adunan tepung dan goreng dalam minyak panas hingga garing. Toskan minyaknya. Boleh dihidang dengan sos cili Thai. Selamat mencuba :)

perhhh..sedap tu isi ikan goreng gitu..
ReplyDeletecicah lak ngan sos..yummy..
ratah macam tu pun sodapppppppppp
ReplyDelete