Salam sejahtera semua...hari puan tanah tak memasak yer..cuma nak tayang menu yang pernah dimasak untuk family aje..Puan tanah amik off hari ni...nak rest jap.
Okies berbalik kepada menu simple Sayur Air Pucuk Manis dengan Labu. Tun suka masak2 macam ni..selain ianya simple dan mudah dimasak, menu macam ni amat berkhasiat tau..Amat sesuai bagi yang berdiet, apatah lagi yang ingin menjaga kesihatan. Masakan ni sedap dimakan dengan nasi panas2 digandingkan lagi dengan ikan goreng, atau ikan tawar bakar + sambal belacan ataupun budu. Perghhh.
.mahu bertambah2 nasi nya tue.
Jom tengok resipi nya:
Sayur Pucuk Manis dengan Labu
by Rabiatun
Bahan:
1 ikat pucuk manis- cuci daunnya dan toskan
1/2 biji labu size kecil
3 ulas bawang merah - mayang
sedikit lada hitam - pecah2kan
sedikit garam
Air-untuk kuah
Cara:
Masukkan semua bahan dalam periuk. Didihkan hingga sayur dan labu empuk.
Lastly, tambahkan garam secukup rasa. Dah siap.
salam tun...aduhhh menu ni kalau mkn dgn ikan kering tenggiri jeruk...uishhhh sedap nih kan..sambal belacan..ujan2 ni maunya lapo jer nih..
ReplyDeleteEzadlieza: W'salam..yerrr...sayur rebus2 klu bergabung ngn sambal belacan ngn ikan masin, takpun ngn ikan goreng..fuhhh terangkat dibuatnyer, kan.. :)
ReplyDeleteAs salam. Salam kenal dari Azie Kitchen. Lama tak buat sayur mcm ni sebab tak tahu mana nak cari pucuk manis.
ReplyDeleteW'salam Azie..salam kenal juga.terima kasih sudi singgah. Pucuk manis ni saya selalu beli kat pasar basah ataupun pasar tani. Mungkin Azie boleh tinjau2 :)
ReplyDelete