Tuesday, November 30, 2010

Ayam Goreng Herba

Last night, cuba resipi hasil dari sekodeng kat rumah kak Nor..hihihi..tak rugi mencuba resipi ni..memang leh kata semuanya suka..sedapppp. Rasanya ramai dah try resipi ni, at last...jangkit plak le kat orang sininnn..hihihi..
Mintk izin ngan kak Nor nak C&P sejibik cilok dari rumah kak Nor...tq kak Nor.

AYAM GORENG HERBA
sumber: Suzi
sumber: Ina@Hana
sumber: Kak Nor

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - dipotong kecil
sedikit serbuk kunyit dan garam

Bahan tumis:
3 ulas bawang merah india*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai*
2 sm halia*
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu serbuk kari - takde dalam resepi asal.
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya.
cili padi ~ dihiris (ni k.nor tambah)
1 sudu besar jus limau nipis ~ juga k.nor tambah
1/2 labu bawang besar (ni sy tambah, sbb anak suka makan bawang)

bahan *----> dikisar.

Cara Memasak:
Gaul ayam dan sedikit kunyit dan garam.( dalam resepi asal tak gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kunyit hidup dikisar dan letak semasa menumis).
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis/kisar hingga naik baunya./
Kemudian masukkan ayam dan biarkan hingga sebati.
Perasakan dengan garam dan gula.
Angkat dan hidang.

updated:
lupa nak mention, k.nor tambah 2btg serai yg dihiris halus dan ditumis sekali dgn bahan2 tumis.. lg syok bila ada extra serai gitu :)..yang ni saya lupa nak follow.


P/s: Maaf sesangat kalau sejak akhir2 ni, tak letak link ker mana2 blog utk refer sebab lappy ni dah sakit sebenarnyer..lembab semacam, kenkadang tak boleh nak type, kenkadang photoshop pun takleh guna.. Last week, seminggu lappy demam, terbakar wire kat adapter tu yg kena pinjam lappy hb, kenkadang cilok pc anak2..tau2 je lah bila pinjam ni..hihihihih..apapun, maaf banyak2 yer.

No comments:

Post a Comment