Meh layan resipi mabeles dari kak Nor ni..sedap. Kena dengan selera Tun anak beranak. Alhamdulillah. Tadi sebenarnya risau juga, sebab ada bagi pada jiran sedikit..sedikit risau jika termasin sahaja..maklumlah masak tanpa dapat merasa ni kan..Tapi alhamdulillah dengan izin Allah semuanya dipermudahkan Allah dan rasa pun secukup rasa..Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Kak Nor sudi berkongsi resipinya.
Oooppssss....lupa nak citer..Tun buat style Tun letak timun yang dibuang bijinya dan dipotong dadu, kacang panjang dipotong bulat. Tak letak daun pudina sbb takde stok. Meh tengok resipinya...
KERABU DAGING DGN MANGGA MUDA
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Dicuba : Rabiatun @ Sweettouch
Bahan:
350gm daging batang pinang
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar kicap
KERABU DAGING DGN MANGGA MUDA
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Dicuba : Rabiatun @ Sweettouch
Bahan:
350gm daging batang pinang
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar kicap
Cara:
1/2 biji bawang besar ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 batang serai ~ dihiris nipis
5 - 7 biji cili padi ~ dihiris
1 biji mangga muda ~ disagat halus
1 sudu besar cili serbuk kasar
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1 biji limau nipis ~ diambil airnya
daun pudina ~ dicarik2kan
daun ketumbar ~ dihiris
Cara:
- Perap daging dgn kesemua bahan selama 1/2 - 1 jam.
- Bakar /gril hingga masak (boleh juga dimasak atas frying pan)
- Hiris daging nipis2 dgn kaedah melawan urat supaya daging tidak liat.
- Ketepikan.
1/2 biji bawang besar ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 batang serai ~ dihiris nipis
5 - 7 biji cili padi ~ dihiris
1 biji mangga muda ~ disagat halus
1 sudu besar cili serbuk kasar
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1 biji limau nipis ~ diambil airnya
daun pudina ~ dicarik2kan
daun ketumbar ~ dihiris
Cara:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul.
- Masukkan pula daging yg dah dihiris tadi dan gaul lagi hingga sebati.
- Perapkan seketika baru lah dihidangkan.
SELAMAT BERPUASA
Adoiiii...terlior sudah!
ReplyDeleteowhh sedapnya! lagilah dengan perahan limau tu...
ReplyDeleteNice blog :)
ReplyDeletesalam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...