Wednesday, November 30, 2011

SENANGIN STIM TIGA RASA

Assalamualaikum....pagi2 lagi Tun nak tayang masakan untuk dinner malam tadi nih...Senangin Stim Tiga Rasa..resipi dari Chef Norzailina. Tun kopipes dari dapur Kak Ummi ku cayang..hihihi...Terima kasih Kak Ummi yang memberi idea untuk Tun masak ikan ni..Sedap sungguh..macam makan kat Restoran Istana Bambu pun ader..hehehehe...Lepas ni boleh buat lagi guna resipi ni...Minta izin yer kak, Tun letak resipinya kat sini...TQ..TQ...Muahhhhh!!!
Ikan ni Tun belah dua tapi tak putus..Senang sikit nak makan...tak payah dibalik2kan... :)

IKAN SIAKAP STIM TIGA RASA
Resepi Asal: Chef Norzailina
Sumber: Noreen & Ummi @Home Sweet Home

Bahan:-
1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-
2 cam. besar cili kisar
1 cam. besar sos tomato
2 cam. besar sos plum
2 cam. besar gula pasir
2 cam. besar sos cili
1 cam. besar jus limau nipis
1 cam. teh kicap manis
Cara Memasak:-

  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hingga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

2 comments:

  1. Assalam Tuuuuunnn....amboiii pagi2 akak on FB tengok dia tag kat kita ikan stim nih....mmg stim terus mata kita duk pandang....sampai hati x panggil makan sekali mlm td... Apapun, mmg best kan ikan stim Chef Norz nih...mmg salah satu fav akak gak, dah 2 3x buat daaah :))

    ReplyDelete
  2. W'salam kak Ummi cayang. hihihi..nnt Tun buat lagi, Tun jemput akak ehh..jangan majuk tauu..hhehehe....

    Itulah kak, Tun tengok akak duk post banyak kali, ni mesti best resipi nih..tu yang buat Tun teruja nak mencuba. TQVM akak cayang...muahhh..muahhh...

    ReplyDelete