Thursday, November 24, 2011

ASAM PEDAS (KAK ANIM)

Assalamualaikum...N3 tertunggak sebenarnya ni..huhuhu...Sebenarnya Tun masak ni beberapa minggu yang lepas..tapi tak berkesempatan nak letak N3 nya. Kesibukan sikit...

Kes tergoda asam pedas kat dapur Kak Nor hari tu...resipi dari Kak Anim. Tun rasa dah ramai juga blogger lain yang try resipi ni..Tun suka resipi ni..hubby lagilah suka sebab rasanya seperti Mak dia yang masak..hehehehe...Hampir sama sebab MIL pun takde letak belacan..hehehe...Maybe dia tahu kot menantunya ni alah belacan..tetapi kenkadang makan juga..sebab tak tahan godaan masakan MIL..hehehe...
Sedikit kelainan, kerana resipi Kak Anim ni blend bunga kantan, serai dan juga sedikit daun kesum serta bahan2 lain, membuatkan kuahnya sedikit pekat dan terangkat sedap..hihihi...Sedap betul..Insya-Allah akan buat lagi punya. Yang belum try, boleh cuba resipi ni..sedap wooo...

Kepada Kak Anim, terima kasih banyak atas resipinya..dan tak lupa juga buat Kak Nor yang jadikan inspirasi dan pencetus idea untuk Tun mencuba resipi ni. Terima kasih banyak..minta izin kopipes yer. Mekasih...

ASAM PEDAS
resipi : K.Aznim
sumber : K.Nor


Bahan-bahan:
1 ekor ikan talapia hitam.kalau guna ikan tenggiri ambil 1/2 ekor/1/2 ikan jenahak/ikan merah
20 tangkai cili kering*-didihkan sebentar angkat dan toskan
(cili kering akak kontot2 akak guna 25) ~ k.nor guna 2 sudu besar cili mesin
1 labu kecil bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 kuntum bunga kantan*
2 batang serai*
sedikit daun kesum* semua bahan bertanda * di kisar
air asam jawa secukupnya
1 kiub ikan bilis
garam secukup rasa
beberapa batang bendir
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk lada hitam
1 sudu kecil halba ~ ni k.nor tambah
Cara:

  1. Ikan di bersihkan dan dilumur garam dan sedikit serbuk kunyit.Ketepikan
  2. Panaskan minyak
  3. Tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak
  4. Pastikan cili betul2 masak masukkan sedikit ar asam jawa
  5. Masukkan ikan yang sudah di makeup tadi.
  6. Didihkan sebentar
  7. Masukan garam dan kiub ikan bilis
  8. Masukkan lebihan air asam jawa dan biarkan mendidih lagi.
  9. Masukkan perencahnya kacang bendir/tomato/terung
  10. Kecilkan api dan didihkan hingga masak.
  11. Tabur sedikit serbuk lada hitam
  12. Tutup api dan sedia untuk di hidang.

8 comments:

  1. salam..aik same mewnu kte.. ermm mg sedap kan asam pedas kak anim ni.. harum bau masa menumis tu.. :)

    ReplyDelete
  2. aikkk..tadi tgk kat dapur noorsha.tak dan komen pun lagi..dah lepas ke rumah tun pulak ya..terliur betul akak tgk ikan tu..ikan tenggiri mmg fav akak..tak kira lah masak apa pun.

    terimakaseh sudi mencuba ya tun..akak mmg stick dgn cara ni.kalau tidak bersepah2 lah bunga kantan dan daun kesum tu.anak2 bukannya reti nak makan.:)

    ReplyDelete
  3. assalam tun..betul kata anim..kalau acik pulak..bukan anak je..acik pun tak makan dau dan bunga kantan tu..
    cuma belum pernah cuba asam pedas anim ni..sebab daun kesom dan bunga kantan..tak pernah beli..asek buat asam pedas izah je.

    ReplyDelete
  4. wah sedaplah kalau camtu..tak pernah cuba lagi..bolehlah try

    ReplyDelete
  5. nOORsha: W'salam..ekekekee..sama ehh..hihihii..sedap kan asam pedas Kak Anim nih..boleh buat lagi nnt.. :)

    ReplyDelete
  6. Kak Anim : hihih...ccepat virus tersebar, kan kak..hehehee...benda sedap memang begitu.. :)

    TQVM atas resipinya kak..Sedap betul..Puas hati makan. Lebih sedap lagi, bila kuahnya masuk dalam isi ikan tu,..Wallahhhh..Sedap sangat. Mekasih banyak, kak..

    ReplyDelete
  7. Acik Erna: W'salam Acik. Try le Acik, Sedap jugak asam pedas ni..hihihi..Mekasih Acik..

    ReplyDelete
  8. Kak Ina KL: sedap kak Ina..try ler..hihihi..

    ReplyDelete