Tuesday, October 25, 2011

Apabila Nasi Terasa Seperti Pasir .......Part 2

Assalamualaikum...kisah ni sambungan Part 1. Bermulalah episod Nasi yang dimakan terasa seperti pasir.....
Ahad ( 23.10.11) Pukul 12 tgh, kami keluar rumah untuk hantar tier wedding kek ni. Sebelum keluar rumah, sekali lagi Tun ambilpanadol 2 bijik. Selesai di tempat kenduri, kami bertolak balik dan hantar down light serta lampu ke Subang. Balik dari sana, dah hampir jam 6 petang. Badan Tun tuhan jer yang tahu...begitu penat tak terkata. Semasa di dalam kereta lagi dah tak tertahan lagi seram sejuknya.

Balik tu, bukak jer tudung, capai bantal dan selimut terus tertidur. Beberapa kali hubby kejutkan untuk makan ubat dan juga makan malam..tapi antara sedar dan tidak Tun seolah2 seperti orang yang koma layaknyer. huhuhuh..Dengar keadaan sekeliling, nampak semua ahli keluarga, tapi tidak berkemampuan untuk berbuat apa2. Pejam mata seolah2 dalam tidur, cuma celik seketika kemudian pejam balik. Tak mampu Tun nak bertahan..tak pernah Tun kena seperti ni. Memang terasa begitu lemah dan tak bermaya. Sebiji nasi pun tak dapat diterima. Malam tu yang Tun perasan, Tun dalam sedar tak sedar tu, cuma jus asam jawa dan 100plus ajer yang Tun minum. Panas badan dan demam lagi time tu. Ntah berapa kali hubby keluar membeli ubat dan juga makan malam untuk anak2 Tun tak pasti. Hubby ada belikan nasi untuk Tun makan, tapi sedikit pun Tun tak jamah. Memang tak bangun langsung. Menjelang pagi, baru Tun bangun bersalin pakaian. Dah tu, sambung tido balik. Nasiblah juga cuti bendera merah..huhuhu....
Esoknya, Isnin (24.10.11) ..pagi2 lagi hubby belikan Nasi lemak untuk anak2. Nasib baik juga si Abang tak bersekolah hari tu, jadi adalah yang boleh disuruh ambilkan air ker aper. Itupun bagusnya anak ibu ni jaga Ibu time ibu tak sihat. Beberapa kali sua makanan, bertanyakan ibu mahu air ataupun nasi. Terharu di sudut hati kecil seorang ibu. Alhamdulillah Abang Nabil boleh menjaga adik2 dan menyuap makanan pada adik time ibu kurang sihat. Darwis juga boleh diharap menjaga adiknya. Alhamdulillah.. Semoga Abang Nabil, Darwis dan juga Adik Muqri menjadi seorang anak yang baik dan mendengar kata ibu bapa dan berjaya serta diberkati oleh Allah swt.Ameen pada Mu ya Allah...

Hanya dah hampir 3ptg, baru perut terasa lapar, itupun hanya 2 sudu yang boleh diterima paksa. huhuhu...Rumah jangan kirala time ni..tunggang langgang la jugak..apa boleh buat, nak arahkan anak pun tak berdaya. huhuhu...Dengan dining table, penuh makanan, botol sos dan kicap, Living penuh cushion dan bantal serta kain, bilik dengan kain baju anak2..memang tak terkawal. huhuhu...apalah daya ku.... At last hubby sampai rumah jam 9 mlm. Tun tak tersedar langsung. Cuma yang tersedar apabila Nabil kejutkan untuk Tun makan ubat. Terkejut dengar seperti orang masak2 di dapur, lantas Tun bertanya "Siapa masak tu?" Risau juga..kenkadang si Abang ni suka memasak tapi belum pernah la dia memasak tanpa pengawasan ibu ayah. "Ayah". Nabil menjawab pendek. Terasa sedikit lega. Hubby mendapat kerjasama anak2 kemaskan dining table dan juga pakaian yang belum bercuci. Kemudiannya menyiapkan anak2 dinner.
Tun cuba bangun dan teman hubby makan malam, tapi tak boleh juga masuk perut..2 suap ajer dah terasa tak boleh nak terima. huhuhu...Terasa begitu boring asyik berbaring tanpa boleh melakukan apa2 kerja dan terasa begitu rindu nak berada di dapur..menyiapkan makanan untuk anak2 dan juga hubby. Kasihan sungguh buat anak2 yang makan apa yang dibeli. huhuhu...tapi apakan daya, Ibu tak mampu berbuat apa2...Di dalam hati Tuhan sahaja yang tahu..betapa Ibu mahu cepat pulih....

Selasa (25.10.11) Pagi2 lagi hubby dah siap masak nasi dan goreng ikan di dapur. Cuba sekali lagi makan nasi..Terasa nasi yang masuk anak tekak seolah2 seperti pasir. Ya Allah! beginikan rasanya ..tak pernah lagi seumur hidup terasa seksa begini walaupun baru sedikit sakitku. Sudahnya tak dapat telan dan makan. Air masak yang diminum terasa seolah2 ada duri tajam di anak tekak..tak boleh nak telan. Tun percaya, semuanya ada hikmah disebaliknya.. Sebagai hamba Allah, Tun redha dan bersabar ketentuan dariNya.. Apapun Tun bersyukur.
Alhamdulillah, petang Selasa tu Tun dah boleh bangun dan kerana kesiankan anak2 yang nak minum petang, Tun gagahkan jugak buat cucur jagung. Alhamdulillah..Siap cucur, terdengar FIL kat luar memberi salam. Malam tu hubby balik lewat, jadi FIL tak balik ke PJ sebab memang niat FIL nak hantar kereta hubby yang diambil weekend baru ni..sebab kereta FIL ada kat bengkel...kena langgar. Dinner malam tu FIL bawa anak2 Tun beli makanan kat luar..Tak daya menantunya nak memasak..huhuhu....Tengah malam, hubby sampai rumah...Esok pagi (Rabu 26.10.11) after breakfast (beli kedai lagi..Nasi Kerabu peberet MIL..huhuhu..), hantar FIL ke PJ. Balik dari PJ, singgah kat Klinik Ukay Perdana. Doc. suh refer kat hospital kerana syak Tun kena denggi...mentelah lagi badan, muka dan lengan naik ruam2 merah.

Seharian kat Emergency Hospital Ampang. Setelah result didapati ada virus dalam darah Tun. Nasib baik juga tak di warded. Doc. cakap virus ni tak berbahaya..banyakkan minum air dan makan ubat ikut time..pastikan habis...huhuhu...Menjelang 6 petang, baru kami keluar dari Hospital Ampang, terus menghala ke Flamingo Hotel. Hubby sebolehnya menunaikan untuk bawa kami sekeluarga stay kat situ...walaupun Tun hanya rest dan tidur di bilik...huhuhu...keadaan tak mengizinkan untuk bergerak cergas...huhuhu....

Tetapi....makan masa juga seminggu after that untuk heal segalanya. Dalam tempoh makan ubat tu, ruam, ulcer penuh mulut dan juga lelangit..Nasi pun tak boleh di makan. Ruam naik sampai ke kaki, baru Tun mintak minum air kelapa. Setelah seminggu, Alhamdulillah nampaknyer berhasil. Alhamdulillah syukur pada Allah swt...yang menyembuhkan dan mengizinkan sakit Tun sembuh.



3 comments:

  1. berat juga dugaannya yer.. tp mujurlah tak warded.. kalau tak lagi kelam kabut suami.. mana nak jenguk kat hospital.. mana nak handle anak2.. apa2pun.. apa yg terjadi ada hikmahnya.. moga cepat sembuh & ubat mesti habiskan ye..

    ReplyDelete
  2. teruk juga sakit akak ni..dah sihat sepenuhnya ke kak?

    ReplyDelete