Hari tu ada mummy Tun masakkan Gulai Darat Ayam seperiuk besar..puas hati dapat makan.hihihi...Masakan ni senang ajer semuanya dicampak dan digaul dalam periuk sebelum diletak atas dapur..sebab tu ianya di panggil gulai darat. Gulai ni memang sinonim dengan rakyat Kelantan sebab dari dulu lagi gulai macam ni biasa dihidangkan untuk juadah keluarga...cerita ceriti mengenainya, akan Tun siarkan nanti yer....2 B Continue...Ahakkksss....Meh tengok resipinya...
Keresek pemberian Mummy Tun..Keresek pun dah ada yang dijual ready made camni tau..sonang kerja..hihihi..
Gulai Darat Ayam TokMi
recipe by : Rabiatun @ Sweettouch
Bahan:
1/2 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong)
3 sdb rempah gulai darat
* 4 ulas bawang merah
* 1 ulas bawang putih
* 1/2" lengkuas
* 2 hiris halia
2 sdb ketumbar ~ disangai dan ditumbuk halus
3 sdb keresek
2 biji cili hijau ~ dibelah
1 keping asam keping ~ size kecik sebab taknak kuah masam
1/4 keping nisan
1 +- cawan santan pekat ~ ikut nak pekat ker cair
3 cawan air - ikut nak pekat ker cair
garam
* biasanya gulai ni sederhana pekat ajer..meaning tak terlalu pekat dan tak terlalu cair..sama jer spt kari.
* Tun guna air dan santan pekat sebab Tun menggunakan santan kotak ajer. Jadi jika guna santan fresh, boleh adjust iaitu 3 cawan air tu boleh digantikan dengan santan cair.
Cara:
1). Kisar bahan bertanda (*) hingga hancur.
2). Masukkan ayam ke dalam periuk. Masukkan juga bahan kisar, keresek, ketumbar yang ditumbuk halus, asam keping, nisan dan juga rempah gulai darat. Gaul sebati.
3). Masukkan air sehingga meliputi seluruh ayam (bukan air yang 3 cawan tu). Biarkan ianya mendidih dan ayam empuk. Air ni akan kering sedikit.
4). Masukkan sedikit air dan tengok biar ianya pecah minyak. (boleh juga masukkan sedikit air panas). Didihkan.
5). Masukkan santan pekat dan juga 3 cawan air tadi. Didihkan santan, cili hijau dan tambah garam. Suaikan rasa. Bolehla diangkat.

No comments:
Post a Comment