Wednesday, August 3, 2011

IFTAR DAY 2 : AYAM MASAK MERAH BEREMPAH

 Assalamualaikum...selamat dah kita berpuasa hari yang kedua Ramadhan yer? Berbuka aper semalam agaknyer yer.? Tengok kat rumah kenkawan, masing2 menu yang mengiurkan dan membangkitkan selera. Banyak yang masuk list ni. Berderet2 que nyer.Bagi Tun pula, cukuplah sekadar berbuka ala kadar ajer..setakat yang termampu untuk Tun masak. Lagipun kalau masak banyak2, takut juga tak kehabisan pula. huhuhu...
Dah hari kedua yer, baru hari ni Tun agak curi2 peluang nak letak N3..Maafkan Tun yer. Semalam Tun masak Ayam Masak Merah Berempah resipi dari Kak Nor. Pertama kali Tun cuba..selalunya, Tun masak ikut style Tun ajerlah..hihihi...Minta izin letak resipinya sini yer kak.. Mekasih. Tak boleh nak pot pet panjang, sebab Tun agak sibuk sikit coz ada makcik yang niaga minta tolong Tun buatkan kuih untuk Bazaar Ramadhan..Tu yg takdan nak letak N3. Okies, jom semak  resipinya.

AYAM MASAK MERAH BEREMPAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram
source: Rabiatun @ Sweettouch
Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong dan dibersihkan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam

bahan penumis:
1 btg kayu manis
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan blend:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia
1 btg serai

3 sudu besar cili mesin ~ kurangkan jika tak suka pedas
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
air asam jawa
sedikit air
garam dan gula
minyak

bahan2 sampingan:
2 bj cili hijau ~ dipotong 2
2 bj cili merah ~ dipotong 2
1bj tomato ~ dipotong 6
1 labu bawang besar ~ dipotong 6

Cara:
  1. Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak tp jgn terlalu garing.
  2. Angkat dan toskan.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumiskan bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan cili mesin. Tumis hingga cili mesin menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
  4. Goreng lg hingga kering sedikit dan masukkan sedikit air, masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih (yg dah digaul dgn sedikit air panas hingga menjadi paste) serta sos tiram.
  6. Goreng hingga wangi dan garing baru lah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Masukkan 1/2 cawan air dan masukkan gula dan air asam jawa.
  8. Biarkan mendidih dan sedikit pekat.
  9. Masukkan ayam dan bahan2 sampingan (cili hijau, cili merah, tomato dan bawang besar)
  10. Masak lah hingga kuah hampir pekat, angkat dan hidangkan.

11 comments:

  1. Salam kak tunnn!!! mabelesssss n superbbbb!!!! gandingan dgn nasi2 berempah jugak! alahaiiiiiii sedap ni kakk dah terbayang byg kat kepala kita nasi itu lah nasi ini lah bukan nasi putih hihihi...

    ReplyDelete
  2. elok jer masak rempah tu tun.. menyelerakan jer nampak.. mekasih ya sudi cuba..

    banyak ke buat kuih? mesti penat ni

    ReplyDelete
  3. sebok je ika ni kak tun...hahaha... adoyai... btol2 boleh tergolek tgk ayam tu kak... mabelasss!!!

    ReplyDelete
  4. wahh...sedapnya tengok ayam tu kak..
    menyelerakan betoii...

    ReplyDelete
  5. suke benor kalau lauk kuah pekat2 gitu.. haishh menyelerakannn.dapat lak lawan ngan sup ssayurr.. sedapp

    ReplyDelete
  6. Kak Gee : yihaaaa..mekasih kak :)

    Ika: w'salam, hihihi...yer la..nasi Minyak akak gandingkan..hihihi..Mekasih

    ReplyDelete
  7. Kak Nor: Mekasih juga atas resipinya kak..Mabeles gituew...

    2 jenis jer kak..Boleh tahan jugak penatnyer..Nasib baik lepas terawih terus titun dan rest..Lauk sahur, Tun recycle jer kak..Kalau takde, baru Tun masak..huhu..

    ReplyDelete
  8. AnaWahid: hihihi..mekasih Ana..ayam tu pun tergolek2 juga tu..hihihi..

    Mas: tambah berselera pula jadi makannyer Mas..huhuhu..naik timbang nantinyer ..

    Izah: Samalah ngn anak akak Izah, suka yang sambal2 pekat..satgi..sambal ajer yang penuh pinggan dia..hihihi..Mekasih..

    ReplyDelete
  9. kaktun..saya tak pernah masak merah berempah cam gini...nampak pekat merahnya...best ni...adusss semua sedap2 je bila time pose ni...sabar je la....

    ReplyDelete
  10. Kak Tun,
    Sedapp nampak ayam masak merah ni.. Segala rempah ader... Sedapppnya kalau dpt makan ngan nasi2 berperisa cam nasi tomato ker, nasi minyak ker... aduh..

    ReplyDelete