Okies, terima kasih banyak buat Ibundo di atas resipi yang sungguh sedap ni..tak lupa juga buat kak Nor yang menyuntik inspirasi buat Tun serta adik Ika tersayang yang memberi idea untuk juadah hari ini..Lebiuuu all dear friends!
NASI KARI AYAM
resipi : Ibundo
sumber : K.Nor@SecubitGaram dan Ika
Bahan:
- 3 cawan beras basmathi
- 1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
- 4 sudu besar butter atau majerin
- 8 cawan santan dari sebiji kelapa>>Untuk santan kita tak semuakan ya, guna air 2 cwn
- 3 sudu besar rempah kari
- 4 ulas bawang merah dihiris
- 2 ulas bawang putih dihiris
- 1 inci halia dihiris panjang
- rempah tumis empat sekawan
- 1 cube stok ayam kalau suka
- sedikit daun ketumbar
- daun kari ~ yg ni k.nor tambah
- 1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk (yg ni k.nor tambah gak)
- garam
- Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya. Ketepikan. Panaskan butter/majerin dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam, stok ayam dan daun ketumbar( k.nor letak daun kari sbb daun ketumbar k.nor masukkan dlm nasi bersama ayam). Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api. * K.Nor masukkan lada hitam yg ditumbuk tu sekali dgn bahan2 lain spt santan, garam dll tu..
- Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu. Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa. Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan. Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.
- Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak.
- Nasi ini boleh dimakan dengan lebihan kuah kari, sayur salad sempoi dan sambal belacan.
* Utk lebihan kuah kari tu, K.Nor panaskan balik dan masukkan sedikit air asam jawa. Biarkan mendidih sekejap dan bolehlah dipadamkan api.
** Nasi Kari Ayam ni K.Nor gadingkan bersama Simple Salad With Cajun dan Air Asam. Tun tak buat, just terus hidang dengan daun salad, timun dan Air Asam.Nasi ni kalau di makan begitu sahaja pun dah sedap sebenarnya..betul cakap Kak Nor dan Ika.
** Nasi Kari Ayam ni K.Nor gadingkan bersama Simple Salad With Cajun dan Air Asam. Tun tak buat, just terus hidang dengan daun salad, timun dan Air Asam.Nasi ni kalau di makan begitu sahaja pun dah sedap sebenarnya..betul cakap Kak Nor dan Ika.
AIR ASAM
resipi : Ika@Arah
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan A
Bahan Hiris
resipi : Ika@Arah
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan A
- 4 biji Cili Api ~terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
- 1 biji Lada Merah Besar
- 1 ulas Bawang Putih
- 1 inci Belacan yg di bakar
- 1 sb sos tomato
- 1 sb sos cili
- 1 sb sos ikan
- 60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
- 1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
- secubit garam
- Sedikit hirisan bwg merah
- Sedikit tomato di hiris dadu
- Daun ketumbar di hiris halus
- 1 biji cili di hiris bulat
- Kesemua bahan A di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali.
- Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang.
Salam kak tun!! kita kan kak ingat nak buat lagi nanti tapi nak tunggu pasrcel dr mesia sampai sbb serbuk kari kita tggl beberapa bungkus dgn stok daun kari takde, kalau parcel sampai ada daun kari leh buat lagi hihihi.. budak2 pun suke! :D
ReplyDeleteSalam selamat menjalani ibadah puasa.....wah menarik juga nasi kari ayam ni.boleh cubani....resepi pun npk simple aje..sesuai mkn dgn asir asam....
ReplyDeletewhoooooo.. dh sampai seru ye kak.. heee.... sedapkan.. ;)
ReplyDeletewahh.. tun x buat2 lg ni.. tp dh wat nasi ayam goreng. nmpk mcm lebih kurang je, dua2 ada kari n ayam dlm nasi. sedap!
ReplyDeletemas pun tak buat lagi...
ReplyDeletenak buat gak nnti nasi ni..
sedappnya tengokk..
Akak... pepagi lagi saya dah bertenggek kat rumah akak ni... Tapi tak leh nak berucap... kena tahan ngan blogspot.... Akak tergoda habis tgk akaknyer nasi kari ayam ni... Masa tgk si diana melley mey tu buat... dah plan nak masuk dlm list dah... tgk kak Nor pun dah buat.... Kak Tun pun dah buat... kompem sedap ni....
ReplyDeleteSalam kak..'
ReplyDeleteDah ramai try nasi ni tp entah bila nak buat. Agak2 nasi ni pedas tak? takut anak2 tak makan
Salam, k Tun...
ReplyDeletememang nampak sedappp nasi kari ayam tu... nurul nak buat jugak nanti bila dah smpai seru.. heheh :)