Thursday, June 16, 2011

Pucuk Paku Goreng Ikan Pekasam

Selamat petang semua. Menu tambahan malam tadi..Tun main campak2 ajer menu untuk sayur. Alhamdulillah anak teruna suka jugak sesekali Tun masak lain sikit dari biasa. 
Pucuk paku ni hasil pemberian dari Teacher anak2 Tun semalamnyer. Terima kasih banyak yer Rina. 
Mula2 ingat nak buat kerabu, pastu tak jadi, lain plak yang Tun masak..hehehe...Sayur ni agak pedas sikit..rasanya lebih kurang dengan Kailan Ikan Masin cuma tukar aje guna ikan pekasam. Ikan pekasam ni pemberian adik Tun (Saidatul Hamimah) semasa balik kampung last week. Wahhhh..murah rezeki kan..Alhamdulillah..syukur.
Okies, tak mo lah pot pet banyak sangat petang2 camni, kan...Kerja lain banyak menunggu. Kain baju pun dah membukit mintak dilipat dan dikemas. Biasalah tu, bila balik dari holiday..ye tak? hehehe...Jom tengok resipinya...


Pucuk Paku Goreng Ikan Pekasam
Recipe by : Rabiatun @ Sweettouch
Bahan:
  • 1 ikat pucuk paku (dipotong dan dibersihkan)
  • 1 keping ikan pekasam (ambik isinya)
  • 2 ulas bawang merah-mayang
  • 1 ulas bawang putih-mayang
  • 5 biji cili api - hiris
  • 1 biji cili merah- hiris
  • garam (jika perlu)
  • sedikit air
Cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan juga cili api. Masukkan isi ikan pekasam. Goreng hingga agak garing.
  2. Masukkan pucuk paku dan juga cili merah yang telah dibersihkan. Kaup balik seketika. Jika perlu, boleh masukkan sedikit air dan juga garam.
  3. Apabila pucuk paku dah agak layu, bolehlah padamkan api dan dihidangkan. 
Anak Tun pun suka jugak hidangan ni...klu sesiapa yang kurang gemar ikan pekasam, takyah letak lah yer..hihihi...


No comments:

Post a Comment