~Assalamualaikum~
Petang ni nak tayang kek cipon yang dibuat Sabtu lepas...kalau sesaper nak mintak tu, maaf banyak2...dah selamat dah semuanyer..hihihi. Dah lama duk save resipi ni..pisang pun 2, 3 kali beli, baru ler berpeluang membuatnya. Tu pun sorok sikit pisangnyer sebab anak2 Tun memang penggemar pisang..hehehehe..
Al kisahnyer, Sabtu lepas nak kena gi kenduri kawin sepupu Tun yang dilangsungkan di dewan Tasik Ampang Hilir. Jadi memang dah sah ler tak masak lunch kan.hihihi..apapun masih sempat lagi Tun godek resipi cipon ni setelah selesai sumer rutin di pagi hari..kejap ajer dah siap.. tapi, tak sempat nak merasa, sempat sejukkan ajer, pehtu terus kena keluar gi kenduri plak. Nasib baik kek cipon ni sempat disejukkan dan disimpan. Kalau dak ntah ler..sbb esok petang nyer tu baru balik ke rumah semula...sebab malam tu gi bertandang ke rumah adik ipar kat Semenyih..duk berkenduri durian pula.
Alhamdulillah, sedap kek cipon ni..memang gebus dan lembut habisss.. Mintak izin dari kak Ita untuk Tun letak resipinya kat sini..insya-Allah lain kali akan Tun buat lagi. Terima kasih banyak kak..lebiuuuu... Sesaper yang nak tengok step by step, leh gi singgah rumah Kak Ita nunnn..yer.
Marble Chocolate Banana Chiffon Cake
Source : Rabiatun @ Sweettouch
5 kuning telur
20 gm gula caster
1/4 tsp garam
35 gm minyak masak
1 tsp bananan esen
100 gm banana yg telah di lenyek
Bahan B
85 gm tepung kek
1/2 tsp double action baking powder atau baking powder biasa pun ok
85 gm tepung kek
1/2 tsp double action baking powder atau baking powder biasa pun ok
Bahan C
5 putih telur
80 gm gula caster
1/2 tsp cream of tarta - tak letak pun tak apa ~ Tun tak letak pun
5 putih telur
80 gm gula caster
1/2 tsp cream of tarta - tak letak pun tak apa ~ Tun tak letak pun
Bahan D
10 gm coco powder
30 ml air panas
satukan menjadi paste
1/2 choc paste atau choc emulco
Bakar di rak bawah pada suhu 170C ( ini bergantung pada oven masing2 mengikut kepanasan oven - biasa klu oven ita, ita hanyer gunakan suhu 160C sahaja) selama 1 jam atau sehingga masak.
10 gm coco powder
30 ml air panas
satukan menjadi paste
1/2 choc paste atau choc emulco
Cara:
1). Masukkan kuning telur dlm bekas pukul sikit dan kemudian masukkan semua bahan A yg lain. Bancuh hingga sebati. Guna whisker aje ye!
1). Masukkan kuning telur dlm bekas pukul sikit dan kemudian masukkan semua bahan A yg lain. Bancuh hingga sebati. Guna whisker aje ye!
2). Masukkan bahan B yang telah diayak bersama ke dalam bahan A, dan gaul sempurna. Ketepikan.
3). Dalam bekas lain kita buat pula bahan C. Mula2 pukul putih telur hingga kembang seperti gambar 2 dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula dan cream of tarta dan pukul lagi sehingga kental dan bertanduk.(anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Adunan yg telah siap ini kita namakan meringue.
4). Ambil 1/4 meringue dan gaulkan dgn adunan kuning telur dari langkah 1. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki meringue dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
5). Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian letakkan paste choc dan choc emulco. Dan satu bahagian lagi di biarkan dlm warna asal.
Sediakan acuan angel food berdiameter 20 cm. Acuan initidak perlu diletakkan butter atau tepung ye!Tuangkan aduna dlm acuan Angle food secara berselang seli sehingga habis.Bakar di rak bawah pada suhu 170C ( ini bergantung pada oven masing2 mengikut kepanasan oven - biasa klu oven ita, ita hanyer gunakan suhu 160C sahaja) selama 1 jam atau sehingga masak.
6). Keluarkan kek dari ketuhar setelah masak, dan terbalikkan atas redai seperti dlm gambar dan biarkan kek betul2 sejuk sebelum dikeluarkan.
Setelah sejuk, Sisipkan tepi acuan dgn pisau yg nipis mulakan dari bahagian tepi. Setelah tanggal dari acuan , kita sisipkan pula pisau di lubang tengah dan tapak acuan pula.
A). Kek selalu merekah di permukaan kek.
Setelah sejuk, Sisipkan tepi acuan dgn pisau yg nipis mulakan dari bahagian tepi. Setelah tanggal dari acuan , kita sisipkan pula pisau di lubang tengah dan tapak acuan pula.
Tips Dari Kak Ita:
A). Kek selalu merekah di permukaan kek.
- Suhu oven terlampau panas atau terlalu tinggi.
- Kedudukan meletakkan kek tidak betul. Biasanyer jika kita membakar menggunakan acuan angle pan, kita hendaklah meletakkan acuan itu dlm rak di sebelah bawah dlm oven.
- Serbuk penaik terlalu banyak di gunakan. Gunakan sudu penyukat khas untuk menyukat bahan2.
- Kemungkinan kandungan tepung terlebih.
B). Kek mendap, turun atau penyek.
- Besar kemungkinan terlebih bahan cecair.
- Putih telur tidak dipukul dgn sempurna dan tidak kental
- Kek di bakar dlm ruang yg salah dlm oven. Ingat ye, jika menggunakan acuan angle pan kedudukan kek biarlah di rak bawah di dlm oven. Jika dasar kek tidak dibakar dgn sempurna, kek akan jatuh dari acuan apabila sejuk nanti.
- Masa pembakaran kek terlalu pendek. Anda kena pastikan kek dibakar dgn sempurna. Pintu oven hanya boleh di buka bila kek telah dibakar selama 1/2 jam ( seelok2nyer jgn dibuka sehingga kek benar2 masak). Gunakan lidi satay untuk mencucuk kek bagi memastikan kek telah sempurna masaknyer. Jika lidi keluar licin ini bermakna kek telah masak dgn sepenuhnyer.
C). Kek terlalu tinggi atau rendah atau bentuk tidak secantik yg anda inginkan.
Mungkin anda tersalah memilih saiz acuan. Saiz acuan juga mempengaruhi kejadian kek. Jika acuan terlalu kecil dari adunan, maka kek anda mungkin akan menjadi tinggi dan ramping dan begitulah juga sebaliknyer jika anda menggunakan acuan yg besar ada kemungkinan kek anda menjadi bonsai dan tidak menarik. Oleh itu anda harus bijak memilih acuan yg sesuai dgn kandungan adunan.
Mungkin anda tersalah memilih saiz acuan. Saiz acuan juga mempengaruhi kejadian kek. Jika acuan terlalu kecil dari adunan, maka kek anda mungkin akan menjadi tinggi dan ramping dan begitulah juga sebaliknyer jika anda menggunakan acuan yg besar ada kemungkinan kek anda menjadi bonsai dan tidak menarik. Oleh itu anda harus bijak memilih acuan yg sesuai dgn kandungan adunan.
cantiknya kek cipon ni..memang nampak gebunya...
ReplyDeletemas dah buat kek cipon ni...
ReplyDeletememang best...cantik la kek cipon tu...
Nazrah: terima kasih..cuber ler :)
ReplyDeleteMas : dah buat yer Mas..hihihi..yup, sedap ..lain kali nak kena buat lagi ni..hihii