Friday, March 4, 2011

Ayam masak Kari Kering

Assalamualaikum...Lamanyer tuan rumah duk tayang cipon pelangi tuh..dah naik muak dah plak nengoknyer nih.,hihihi..
K, hari tu Tun ada cuba resipi ayam masak kari kering versi Kak Nor nyer style plak. Tun ada gak resipinya, tp lum pernah letak kat sini rasanya.

Rasa Tunnyer ayam Kari Kering berbeza dari Kak Nornyer resipi...kepada sesiapa yang nak mencuba leh la try resipi by Kak Nor ni, cedappp! Thanks Kak Nor, mintak izin tayang sini plak ehh kak...

AYAM MASAK KARI KERING
source: Rabiatun @ Sweettouch
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
sedikit garam dan serbuk kunyit

Goreng ayam 1/2 masak ~ biar lembut jer, tak perlu sampai garing.
Angkat dan toskan.
~~~~~~~~~~~
bahan2 lain:7 bj bawang merah ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
1 - 2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari ~ bancuh dgn sedikit air2 tangkai daun kari
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air
jus asam jawa
garamgula ~ jika suka
Cara2:
Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih hingga garing,
Masukkan cili mesin. Goreng lagi.
Masukkan rempah kari dan goreng hingga sedikit kering.
Masukkan 1/4 cawan air dan juga daun kari. Masak hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan sos tiram, baki air, jus asam jawa, garam dan gula.
Kacau2 dan masukkan ayam.
Masak hingga ayam masak dan juga kuah pekat.
Angkat dan hidangkan panas2.


2 comments:

  1. salam tun,tadi sewaktu ainul, anak bongsu akak tu melangkah ke sekolah siap pesan lagi..mak nanti hari ni mak masak kari yg kering tu ya.hari ni ada klas tambahan(frm 3).kawan2 ainul nak ikut balik..so plan hari ni nak buat lauk ni lah..sedap kan tun?..akak pernah buat ni dulu..

    ReplyDelete
  2. W'salam Kak Anim.iyalah kak, kalau anak dah pesan tu, mesti si emak lagi semangat nak tunaikan permintaannyer, kan. ooo..akak pernah try ehhh..alhamdulillah sedap..hihihi..

    ReplyDelete