Tuesday, March 8, 2011

Roti Goreng Rangup

~Assalamualaikum~

Selamat pagi semua, dah sarapan ker belum, kalau belum jom sarapan dengan Roti Goreng Rangup resipi Hasue ni.. sedap tau..rangup jer bila makan suam2..hihihi..
Yang ni, Tun letak sedikit seaweed di dalam adunan.

Malam tadi jenjalan rumah Hasue, amik resipi ni ler..hihihi..asalnyer Hasue menggunakan inti sekaya, tapi Tun takde sekaya dan gantikannya dengan inti kacang merah..tambah sedikit serbuk seaweed. Sedap bangat dehh! Apapun terima kasih kat Sue nun jauh seberang laut China Selatan, izinkan akak tempek resipi roti rangup kat sini plak ehhh...mekasih banyak..
Roti Goreng Rangup
By: HaSue@myresipi.com

Bahan-bahan:

* 8 keping roti
* Serikaya - Secukupnya ~ Tun guna inti kacang merah
* 2 cawan Tepung gandum
* 2 1/2 cawan air* 2 sm Marjerin
* 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
* Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)

Nota biru:
1). Adunan yang sama boleh juga untuk menggoreng pisang,keledek,keladi,cempedak dan sebagainya yg memerlukan adunan tepung goreng..
2). Tun buang kerak dan potong empat roti tu. Kecik2 sedap digigit dan rangup.
Sedap tau roti ni..memang rangup..best. thanks Sue


No comments:

Post a Comment