Sunday, January 30, 2011

Bingka Ubi

Sedap bingka ubi kayu ni, lembut ajer..kegemaran Tun. Tun ceduk resipi dari rumah kak Ummi Kuantan. Terima kasih banyak kak, izinkan Tun paste kat sini pula untuk rujukan lain kali yer.
BINGKA UBI

Resepi: Kak Ummi
Source: Rabiatun
Bahan:-

  • 500 gm ubi kayu yang telah diparut.
  • 1 keping gula melaka - dicincang kecil2
  • 1/3 cawan gula merah/gula pasir
  • 1 1/3 cawan santan pekat
  • 1 biji telor - dipukul sikit
  • beberapa helai daun pandan
Cara Memasak:-
  1. Perah ubi biar keluar airnya di dalam bekas. Biarkan hening dan sagu mendap. Bila air telah jernih, buangkan airnya dan campurkan sagu yang mendap ke dalam parutan ubi tadi.
  2. Sementara itu, masak santan, gula merah, gula melaka dan daun pandan hingga gula larut sekejap. Tapiskan.
  3. Campurkan ke dalam parutan ubi tadi.
  4. Masukkan telor dan gaul semuanya biar rata dan mesra.
  5. Lenserkan loyang dan tuangkan adunan ubi. Ratakan.
  6. Bakar selama 1 jam pada suhu 170 C sehingga ubi masak dengan api bawah. Kemudian lebihkan +- 30 minit lg dengan api atas dan bawah pulak. Bakar hingga agak berkerak kalau suka.
  7. Sejukkan pada suhu bilik baru dipotong.

No comments:

Post a Comment