Thursday, November 4, 2010

Fillet Fish with Ginger

Salam Sejahtera..lama sungguh tak mengupdate blog ni..insya-Allah, nanti akan menyusul sambungan menu last Ramadhan..Gambar berderet kat camera, tapi tak berkesempatan untuk upload, touch up..nak2 photoshop pun buat hal sehari dua ni.
Untuk menu yesterday night, aku update jugak sebelum terlupa apa yg aku masukkan dalam resipi kali ni..hihihi..biasalah...bahan mungkinlah tak lupa tapi amount tu yang buat aku lupa..maklumlah, main campak sesuka hati dan sesedap rasa. Okies untuk resipi Fillet Fish With Ginger ni aku cuba ingat balik apa yang aku letak ehhh...rasanya memang sodap dan aromanya wangi tau..bukan nak puji tapi sesuai ler ngn tekak kami anak beranak. Rasanya hampir sama semasa aku makan di Shanghai dan juga Beijing, China...camtu jerlah yang boleh aku ungkapkan.

Fillet Fish With Ginger

Bahan:
1 keping ikan fillet ( leh guna dory-saya guna Sutchi)
1 inci halia muda - dihiris nipis
2 ulas bawang putih- diketuk
1 labu bawang besar- diptg dadu besar2
1 biji cili bell pepper - diptg dadu besar2
sedikit tepung jagung
1 tbsp tepung jagung - dibancuh dengan air
2-3 tbsp sos tiram (leh tambah ikut size ikan)
1 cawan air (leh kurangkan klu taknak kuah banyak)
1/2 tsp lada hitam- dipecah2 kasar (jgn terlalu banyak sbb taknak rasa lada hitam tu lebih kuat dalam 4-5 biji dah cukup)
2 tsp kicap manis

Cara:
1). Cuci ikan dengan air limau dan toskan. Potong kiub sebesar 2-3 jari. Perapkan sekejap dengan secubit garam dan tepung jagung.
2). Panaskan minyak, goreng ikan tadi jangan sampai garing, cukup setengah masak jer..sbb tak nak isi ikan tadi kering di dalamnya. Angkat dan ketepikan.
3). Tumiskan pula bawang putih dan juga halia hingga wangi, masukkan bawang besar..balik2kan. Masukkan lada hitam.
4). Masukkan pula sos tiram dan kicap manis..kacau seketika.
5). Masukkan ikan dan juga bell pepper, air tepung jagung ..kacau. Jika kuah terlalu pekat dan kekurangan kuah..boleh tambah air yang secawan tadi tu. Rasakan masin manisnyer..

No comments:

Post a Comment