Saturday, August 14, 2010

Day 1 Berpuasa

First day puasa ni aku tak sempat nak masak pun..apatah lagi nak menyediakan juadah berbuka. Penting lagi nak siapkan order cuppies ni. Lagipun jadual harian lari sikit dari biasa. Darwis dan Nabil balik awal, kelam kabut sikit nak hantar dan jemput budak2 sekolah.

Seawal pagi aku bake cuppies, kemas rumah, cuci pakaian dan menyediakan breakfast dan juga lunch anak2. Budak2 belum bangun pun lagi cuma Nabil jer keluar awal ke sekolah agama.

Pukul 1.30 tgh lepas anak2 lunch, aku hantar Darwis dulu ke Smart Reader, then hantar Nabil ke sekolah. Balik rumah, sambung kerja2 mendeco cuppies ni. Tadi teacher Darwis bagitahu Darwis boleh balik awal bulan puasa ni iaitu kul 4ptg..selalunya keluar pukul 4.30 ptg. Bermakna aku kena siapkan deco tu cepat before 3.45 pm ler sebab kena hantar cuppies ni before 5pm.
Cuppies untuk Yus- Happy Anniversary yer Yus. Semoga berbahagia selalu hendaknye. Amin.

Sesampainye di rumah, terus sambung kerja2 mendeco. Alhamdulillah seperti yang dirancangkan, aku dapat siapkannya pukul 3.45ptg, take photo lebih kurang jer..bersiap keluar ambil Darwis then terus ke Cheras. Walaupun jalan sedikit jammed, alhamdulillah aku tiba 10 minit awal. Syukur....bergegas pula aku balik ke rumah, sebab Nabil balik pukul 5.50ptg..awal sikit dari biasa.

Then, terpaksa ler pesan kat hubby beli apa2 yang patut untuk berbuka puasa. Ampun sangat ye Darlin' hari ni tak dapat ku sediakan juadah berbuka. Dahla first day puasa kan.huhuhuh....

No comments:

Post a Comment