Monday, July 6, 2009

Sotong Celup Tepung vs Sotong Tempura

Sotong Tempura vs Sotong Celup Tepung, mmmm...yang mana 1 agaknya yang tepat dan lebih sodap ye. hehehe..mmm...tak kisahlah yang mana, asalkan ianya sedap. Rasanya kubiarkan jelah persoalan ni dijawab oleh orang yang lebih tahu kan. Janji apa yang kusajikan pada keluargaku amat memuaskan hati semua.hehehe
Untuk dish ni, aku main campak jer semua bahan, alhamdulillah, ok jugakla rasanya. crispy and softly inside. Aku pernah ikut resipi dulu, tapi oleh kerana nak cepat dan kejar masa sebab anakku yang 2nd ada sport day tadi, terpaksalah aku bertungkus lumus masak dan siapkan semua. Dia kena register dekat Stadium Tasik Titiwangsa pukul 2.30 ptg. Tu yang jadi kelam kabut skit. Kang berlapor pulak semua orang kan. Aku ni pulak, tak boleh kalau anak atau hb kemana2 dengan perut kosong, mulalah hatiku tak tenang...walaupun ku tahu boleh dibeli kat luar atau makan diluar, tapi jika aku siapkan sendiri, memang aku berpuas hati walaupun aku kepenatan.Hubbyku cakap..mmmm..begitulah aku, pantang sihat sikit, adalah yang nak dimasaknya..aku cuma tersenyum je. Nak kata apa..memang aku dah begitu, suka memasak.huhuhu...

No comments:

Post a Comment