Sunday, July 19, 2009

Jom Bekpes..

Ni menu breakfast yang semalam..Nasi Goreng with Vege Ball. Layannn...

Dalam kesibukan, masih sempat aku buat tart favourite family ku ini. Sebab Portugese Egg Tart ni memang mudah disediakan, tak ambik masa yang lama. Resipi ni dari Skyblue MyR. Mintak izin nak C&P kat sini yer..tq skyblue.

Portuguesse Egg Tart Skyblue
Bahan-bahan ( 6 biji )
1 keping Puff Pastry
*Bahan-bahan A*
1/4 cawan Gula Halus
1/4 cawan Susu Cair atau Susu Segar
1/4 cawan Whipping Cream
3 biji Telur Kuning
1/4 sudu kecil Vanilla Extract

Cara-cara :
Panaskan oven, 200ÂșC.
Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan pukul sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.
Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu.
Masukkan puff pastry yg dipotong ke dalam tin muffin.
Isilkan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
Bakar selama 20 minit. Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan. Ni closed up...layannnnn.............. Portuguesse Egg Tart ni, memang kegemaran Nabil, aku pun suka jugak. Paling best jika bar keluar oven, crispy jer kulitnya. Sesiapa yang nak mencuba, boleh la ambik resipi kat atas nun yer.

2 comments:

  1. tengok sedap ni,harus dicuba. mcm kfc pya la. resepi pun senang & mudah.

    ReplyDelete
  2. saveme_zero : cuba la..sedap, sbb sy memang suka tart ni ^__^

    ReplyDelete