Thursday, July 9, 2009

Aku suka sangat buat aiskrim coklat untuk anak2..sebab anak2 memang gemarkan coklat. Jika aku buat perisa lain diorang makan jugak, tapi takdelah gemar mana kan,. Untuk sesiapa yang nak mencuba lehla try seperti resipi kat bawah ni. Resipi ni aku selalu buat base on pemerhatianku dan juga dari resipi2 aiskrim yang lain...
Aiskrim Coklat
Bahan: ( 1 bekas aiskrim yang oval - tak ingat berapa ml)
125g creamer Coffeemate - powder
250 ml susu coklat
40g gula kastor
1 tbsp coklat emulco (optional - tak bubuh pun takper)
2 tbsp cocoa powder ( dibancuh dengan 3 tbsp air panas)
Cara:
  1. Campurkan creamer, susu coklat dan gula castor. Pukul dengan ballon wisk hingga gula hancur.
  2. Masukkan ke dalam freezer dan bekukan sehingga 3/4 beku lebih kurang 5-6 jam depends fridge masing2 lah yer.
  3. Keluarkan dan pukul dengan menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi hingga double volumn dan kelihatan gebu lebih kurang 8 minit. (perhatian: jika terus pukul hingga jadi triple ia akan menghasilkan `sundae' dan amat creamy).
  4. Masukkan coklat emulco dan cocoa powder yang telah dibancuh. Pukul sebati. Kemudian bolehlah dibekukan sekali lagi. Setelah ia beku, bolehlah dinikmati.

Note: Jika takde susu coklat, boleh juga guna susu segar tapi kena lebihkan cocoa powder ataupun coklat emulco. Jika mahu guna cooking coklat, kena cairkan dulu guna kaedah double boiled dan ditambah sedikit air panas.

No comments:

Post a Comment