Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Thursday, August 19, 2010

Bread & Cheese Pudding- 6th Ramadhan

Suka ngan pudding ni..sedap tau. Hasil sekodeng dari umah Kak Nor. Resipi asal dari Yatt. Terima kasih keduanya yang sudi berkongsi resipi ni.

Jangan terkejut lak tauuu..tengok hasil kita ni tak sama ngan kak Nor. Inilah namanya kalau memandai2 derhakakan resipi orang- harrr padann..hihihi....Kak Nor nyer pudding ni cantik elok jer..dapat tang haku, huiihhhh...terus jadi berkuah. Nasib baik sodap..Bukannya apa, sebab sayang nak perabih belen susu cair, tinggal dalam 1/4 tin (tapi resipi asal tak guna susu cair pun)..tu yang aku tuang semua kasi habis, tapi kurangkan plak sukatan fresh milk. Kenkononnya nak kasi balance la kan. wakakakakaaa...tengok ler apa jadi..hihihi.. Mintak maaf bebanyak kat Yatt ngan Kak Nor.. ya ampuunnnn..

Lapisan pertama, ku lapiskan dengan roti dan tabur choc. chips serta kismis..tu yang jadi kuahnya bercoklat tu. Budak2 suka ler. Alhamdulillah habis gak. Apa pun, jom tengok resipinya yang diambil dari umah kak Nor. Mekasih kak Nor dan juga Yatt.

Bread & Cheese Pudding
  • 5-6 keping roti
  • 250 ml susu uht@ fresh milk
  • 150 ml whip@fresh cream ~ k.nor guna susu cair jer sbb WC tak ada
  • 3 biji telur
  • 60 gm gula castor
  • 60 gm creamcheese
  • 30 gm gula castor (utk ditabur atas puding just before bakar)~ k.nor guna 1/2 jer
  • butter (untuk disapu pd setiap keping roti)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Telur dan gula di pukul hingga gula hancur. then add milk, cream, cheese and esen vanilla dan pukul sebati.
Susun 1/2 dr roti yg telah disapu mentega dan dipotong kecil ke dlm loyang pembakar.
Tuangkan 1/2 bancuhan susu tadi dan lapiskan baki roti.
Tuangkan baki bancuhan susu.
Taburkan gula castor diatas roti tadi sebelum dibakar supaya nanti ia akan caremelised on top of the pudding.(memberi bau yg lebih wangi lagi!)
Bakar didalam preheated oven @ 180 c secara water bath(letak loyang atas dulang berisi air utk memastikan kelembapan pudding itu) selama 25 minit.(ikut oven masing2)

** Sori Yatt, K.Nor dah edit sket kat cara2 tu utk lebih mudah nak faham cara nak buat. TQ
(ni note Kak Nor tauuu..tumpang letak sini sebagai rujukanku pula di depan hari).

Kelapa Jelly - 5th. Ramadhan

Kelapa Jelly..ni last aku wat masa open house raya kat umah aku ni..lamaaa woooo..last year tueee.. Kelapa jelly ni memang mendapat pujian dari tetamu yang datang berkunjung. Terima kasih diucapkan kepada tuan punya resipi ..saper lagi kalau kakakku yang cun duk ganu tu..hihihi..Kak Nor..mekasih daun keladi ehhh..kak. Jangan mare tau.

Nak mintak izin kita nak C&P kat sini tau..mekasih ye kak.


Jelly Kelapa

1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan

Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.

# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.


Sambal Udang Petai- 5th Ramadhan

Sambal Udang Petai..ntah tak hingat dah aku gandingkan dengan lauk apa..sebabnya biasalah kan..enrty tertangguh..tu yang jadi camni.huhuhuhu...

Hari Cuti Masak-4th. Ramadhan

Hari ni cuti dari masak..memang gantung piuk kuali sumer...gi jer bazaar Ramadhan beli juadah. Bukannya males nak masak, tapi si kecik ni kena chicken pox tengah naik, besor2 lak tu. Kesian jer..merengek " ibu, sakittt". Itulah yang diulang2.. dah tak tertahan agaknya.

So, En. Hubby beli kuih 3-4 jenis, air soya, air tebu dan air kelapa. Pastu beli ikan pari bakar, ikan talapia merah masak sambal, pucuk ubi masak lemak dan ikan keli salai masak cili api..harrr..amik ko..sekali dia beli..hangkut sumer...hihihi..

Sampai ke esoknye pun tak habis2 gi juadah tu..dah ler berabis gak $50 hengget...hihihih..

Aku lak yang sakitnya ni..duk dokong budak kecik ni..merengek. kesian pula tak sampai hati tengok si kecik...Sakit belakangku. Bila malam jer..aku tertitun tak sedar diri dah..nasib en hubby tolong jagakan si kecik yang demam panas..Aku pun naik heran skang ni ..letak kepala jer, terus lena tak sedar diri.. Kesian pulak kat Laling aku terpaksa jaga si tecit ..huhuhu...
Dah ler..takmo membebel banyak2 kang ntah haper2 plak yang aku taip kat sini kang..muahahaha...

Saturday, August 14, 2010

Udang Sanggul-3rd Ramadhan

Sedap..tu yang boleh kami sekeluarga katakan.hihihi..anak2 pun suka dengan udang sanggul ni. Amik kat umah CMG. thanks cik Mat, mintak izin C&P resipi kat sini pula yer.

AHAN-BAHANNYA :-)
12 ekor udang besar
1/2 camca teh serbuk lada hitam yang baru dikisar
Sedikit garam
2 keping mee telur "CINTAN" (aku guna RUSKI)
Sedikit serbuk lada hitam
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Sos pilihan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dikupas kulit, tinggalkan bahagian ekornya, buang urat belakang, cuci dan toskan. Buat hingga siap. Kemudian lap kering dengan paper towel. Lumur udang tadi dengan 1/2 camca teh serbuk lada hitam dan sedikit garam. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Celur mee telur tadi hingga lembut (biar mee panJang2, jangan kerat), toskan dan gaul dengan sedikit minyak masak. Biar sejuk sedikit. Bahagikan mee tadi kepada 12 bahagian.
  3. Ambil 1 ekor udang tadi dan balut dengan 1 bahagian mee, seperti sanggul. Kepal2 kan sedikit biar elok bentuknya. Alih dalam pinggan. Buat hingga siap.
  4. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Ambil 1 udang sanggul dan berhati2 masukkan ke dalam minyak tadi, pastikan anda menggoreng 3 atau 4 sekali goreng. Biar kuning keemasan dan gunakan api sederhana.
  5. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyaknya terserap. Buat hingga selesai. Tabur hirisan daun bawang dan serbuk lada hitam sebelum dihidangkan bersama sos pilihan....Selamat mencuba..

Untuk sosnya aku buat camni:

3 tbsp cili sos
1 tsp thai cili sos
2 biji jerkins-potong halus
1 ulas bawang putih-cincang
1-2 tbsp mayonise

Caranya:
Gaul semua sekali. Dah siap.

Note untukku: Lain kali kena celur mee segera tu sekejap jer, kalau tak nanti mee tu senang putus bila nak gulung pada udang.

Black Mushroom with Broccoli Chinese Style

Resipi simple tapi sedap..pada tekak kami sekeluargalah.hihihi.. selalu masak ni.
Jom tengok resipinya:

Black Mushroom with Broccoli Chinese Style
bahan:10 biji cendawan kering
1 tbsp tepung jagung
sedikit gula
1 tbsp kicap (ni utk perap cendawan jer, nnt kena tambah lagi bila masa memasaknya)
1/2 broccoli-diptg dan dicuci bersih
untuk kuahnya:
3 tbsp kicap manis
1 tbsp kicap masin
1/2 cawan air- (ni bergantung pada jumlah cendawan)

Cara:
1). Rendam cendawan hingga kembang dan lembut. Buang kakinya. Basuh dan perah airnya tapi biar air tu tinggal sedikit pada cendawan. Jangan ler perah hingga kering plak.
2). Kemudian, perap cendawan dengan gula, tepung jagung dan kicap manis.3). Rebus atau stim broccoli bersama sedikit garam. Tuang broccoli tadi ke dalam bekas berisi air sejuk .Biarkan sekejap dan toskan. Susun dalam pinggan hidang. Tabur sedikit serbuk lada putih (optional).
4). Panaskan minyak, goreng cendawan hingga wangi dan berkilat. Masukkan kicap dan air (air ni biar meliputi keseluruhan cendawan tu). Tutup kuali.
5). Didihkan dengan api perlahan (lebih kurang 1/2 jam) sehingga kuahnya pekat dan airnya kering seperti masak sayur biasa.
6). Bila sudah masak, dan kuah pekat sedikit (pekat ni ikut citarasa masing2 nak pekat camner yer) tuang kuah ke atas broccoli. Sedia dia hidang.Selamat mencuba!

Ikan Mayong Bakar - 3rd Ramadhan

Semalam bakar sekeping jer ikan Mayong (ntah, aku pun bukannya kenai pun ikan mayong ker haper ni..hb yang kasi tau nama ni). Oleh kerana ikan ni agak besar jadi sepotong pun dah cukup ler tu. Untuk anak2 aku bakar ikan keli dan sambal kicap.

Tak susahpun masak ni..sebab bakar jer kan. hihihi...ikan tu aku lumurkan sedikit garam, then bakar. Sediakan air asam seperti biasa + sedikit hirisan daun limau purut dan daun ketumbar serta sedikit nampla sos. Dah masak ikan tu, tuang jer kuah tadi kat atasnya. Cenggitu jer.

Simple Sizzling Mee- 3rd. Ramadhan

Ni bukanlah menu berbuka puasa semalam yer..ni lunch untuk yang tak puasa semalam..dak kecik 2 orang tue. Simple Sizzling Mee tanpa cendawan pun..sebab tak sempat nak rendam.hihihi...
Maknyer kena gastrik semalam..sakit lepas jer sahur..nak buat macamana tetiba jer nak kena sakit camni. Selalunya aku memang ambil langkah berjaga2..sebelum masuk bulan Ramadhan dah cuba2 puasa dulu untuk biasakan perut ni.huhuhu... dugaan tu..saborrrr..

Cucur Jagung - 2nd. Ramadhan

Cucur Jagung ni pun hasil sekdeng kat umah Kak Nor.hihihi... belen 1 batang jagung tadi yang dimasak nasi jagung. Juadah hari ni semuanya berasaskan jagung nampaknya..kena plak air jagung td tu.hihihi.. macam duk dekat ladang jagung lagaknyer.hahah...

Mintak izin ngan Kak Nor sekali lagi nak tempek resipi untuk rujukanku dilain kali. Thanks kak.

CUCUR JAGUNG

1 cawan isi jagung (lebih kurang satu biji jagung fresh)
1/2 cawan isi udang yg dipotong kecik
2 cawan tepung gandum
1bj telur
1 sudu teh yis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
daun saderi ~ dihiris
daun bawang ~ dihiris
1 bj cili merah ~ dicincang
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
3/4 cawan air
minyak utk menggoreng

1. Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak kedalam sebuah bekas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
3. Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.
4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
5. Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda..
6. Selamat mencuba...

Nasi Jagung - 2nd Ramadhan

2nd Day berpuasa, aku masak nasi jagung ni..bukannya apapun..sebab jagung masih ada lagi 3 batang dalam esbox. Kena masak jagung ni dulu sebelum monopos bak kata kak Nor. hihihi..
Lagipun si kecik ni dah 2, 3 kali duk ulang bukak fridge nak makan jagung ni. Nak dibuat bubur, macam dah bosan dan macam tak jalan jek. Pikir2 teringat ada nampak resipi nasi jagung ngan cucur jagung kat umah Kak Nor. Apalagi..terus ler sekodeng.ahahah..
Ni hasil sekodeng tue....
Nasi Jagung. Thanks Kak Nor. Nak mintak izin tempek resipi kat sini ye.

NASI JAGUNG

4 cawan beras basmathi (ikut cawan sukatan rice cooker)
6 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan jagung (K.Nor guna jagung fresh >< 2 biji)
1 biji tomato ~ didadukan kecik2
5 biji bawang merah ~ ditumbuk
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1/2in halia ~ ditumbuk
2 helai daun pandan
2 sudu besar minyak sapi/marjerin
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
3 kelopak bunga lawang
garam

  1. Basuh bersih beras dan rendam lebih kurang 1/2 jam. Toskan.
  2. Panaskan minyak sapi/marjerin dlm periuk rice cooker dan masukkan bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumiskan sekejap dan masukkan bahan2 yg ditumbuk. Kacau hingga bangkit bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan daun pandan dan tomato. Kacau2 kejap dan masukkan beras.
  4. Kacau lg hingga sebati dan biarkan seketika baru lah dimasukkan air dan garam.
  5. Biarkan hingga mendidih baru lah dimasukan susu cair dan jagung. Kacau perlahan2 supaya semua sebati.
  6. Alihkan ke periuk td ke dlm rice cooker dan masak la hingga nasi tu masak.

Nasi Jagung ni ku gandingkan dengan Ayam masak Merah dan Kari Daging. Mula2 ingat nak buat Acar Timun Masak..tapi macam tak sempat jer..tu yang potong jer timun Jepun ni hahhh..hihihih.. Alhamdulillah..campak2 jer masak ayam dan kari daging tu, cukup rasa masinnya. Hubby ngan anak2 pun suka dan cakap sedap. Alhamdulillah...

Day 1 Berpuasa

First day puasa ni aku tak sempat nak masak pun..apatah lagi nak menyediakan juadah berbuka. Penting lagi nak siapkan order cuppies ni. Lagipun jadual harian lari sikit dari biasa. Darwis dan Nabil balik awal, kelam kabut sikit nak hantar dan jemput budak2 sekolah.

Seawal pagi aku bake cuppies, kemas rumah, cuci pakaian dan menyediakan breakfast dan juga lunch anak2. Budak2 belum bangun pun lagi cuma Nabil jer keluar awal ke sekolah agama.

Pukul 1.30 tgh lepas anak2 lunch, aku hantar Darwis dulu ke Smart Reader, then hantar Nabil ke sekolah. Balik rumah, sambung kerja2 mendeco cuppies ni. Tadi teacher Darwis bagitahu Darwis boleh balik awal bulan puasa ni iaitu kul 4ptg..selalunya keluar pukul 4.30 ptg. Bermakna aku kena siapkan deco tu cepat before 3.45 pm ler sebab kena hantar cuppies ni before 5pm.
Cuppies untuk Yus- Happy Anniversary yer Yus. Semoga berbahagia selalu hendaknye. Amin.

Sesampainye di rumah, terus sambung kerja2 mendeco. Alhamdulillah seperti yang dirancangkan, aku dapat siapkannya pukul 3.45ptg, take photo lebih kurang jer..bersiap keluar ambil Darwis then terus ke Cheras. Walaupun jalan sedikit jammed, alhamdulillah aku tiba 10 minit awal. Syukur....bergegas pula aku balik ke rumah, sebab Nabil balik pukul 5.50ptg..awal sikit dari biasa.

Then, terpaksa ler pesan kat hubby beli apa2 yang patut untuk berbuka puasa. Ampun sangat ye Darlin' hari ni tak dapat ku sediakan juadah berbuka. Dahla first day puasa kan.huhuhuh....

Salam Ramadhan Buat Semua

Salam Ramadhan buat semua kawan2 yang mengenaliku ataupun yang baru kenal.Walaupun ni entry terlewat, namun ingin gak ku kirimkan kad ni buat semua. Di harap sudi ambik yer.
Alhamdulillah, kita bertemu lagi dengan bulan yang penuh keberkatan buat umat Islam seluruhnya, Ramadhan 1431H. Semoga kita dapat menjalani ibadah yang wajip mahupun yang sunat dengan penuh tawaduk, beribadat sepenuh keikhlasan jiwa raga dan beramal sebanyak mungkin. Mudah2an Allah menerima ibadah kita ni dengan baik. dan Insya-Allah, bila tibanya hari raya nanti terasa suatu kemenangan buat kita. Insya-Allah.
Di kesempatan ni juga, ku pohon kemaafan kepada semua manalah tahu ada terkasar bahasa atau perbuatan mahupun disedari atau tidak menyinggung perasaan., kan.
Akhir kata, Selamat menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa.

Ayam Panggang Kunyit Again!

Panggang lagi ayam ni..hahaha..duk ulang tayang kan..Takpelah kan. Ni sebenarnya nak perabihkan ayam yang balance hari tu..nak peram macam biasa duk wat tu, budak2 ni pun dah bosan..peram ngn halia, garam ngn kunyit jer..pastu grill.hahah..senang kerja.
Ayam panggang ni dicicah dengan air asam..sedap gak.hihihi..

Brokoli Vege

Gandingan ikan masak kicap tadi tu..brokoli dengan baby buncis.
Bukan apa aku selalu masak brokoli ni harrr..sebab 1, brokoli bukannya tahan lelama, beli kena cepat habiskan..nanti dah tukar kunin tak best lak kang. Yang ke-2nya tu sebab anak2ku memang luv brokoli ni..terutama yang paling kecik..makan gitu jer tanpa nasi pun takper.

Jenahak Masak Kicap

Ni sebenarnya menu dinner sebelum puasa tu - dated 10.08.10. Lambat nak letak sini. Bukan kemalasan melanda tauuu..tapi masa tu terhad sesangat. huhuhu...

Tuesday, August 10, 2010

Bekpes Pagi ni... Simple Garlic Bread

Simple Garlic Bread ni selalu ku buat bila time malas, atau dah terlewat bangun.. nak kena cepat2 wat bekpes..kang hubby ngn anak sulong keluar tanpa bekpes lak kang. hahaha.. Garlic Bread dengan Chicken Soup..
Selalu aku guna French Bread, tadi nak potong roti tu tengok2 dah ada fungus.. rupa2nya my hb dah terbeli roti yang dah x'pired.huhuhu...bila ku tanya, dia cakap nak cepat that day..main ambik jer. huhuhu..

Resipi Simple Garlic Bread
by Rabiatun

Bahan:
1/2 batang roti French Bread- dipotong ( leh gak guna sandwich loaf)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
sedikit Planta
sedikit Parsley Flakes

Cara:
1). Sapu roti ngn Planta bersama bawang putih cincang tadi tu.
2). Tabur parsley flakes.
3). Bakar pada suhu 180C hingga perang. Dah leh makan.



Sweet Peas with Cabbage

Sayur sweet peas ngn cabbage digoreng..untuk gandingan ayam panggang kunyit, sambal belacan ngn timun. Itu jer lauk dinner kami malam tadi. Malaslah skang ni.hukhukkk..

Resipinya:
1/2 batang carrot
1 paket sweet peas
3 pelepah kobis
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
beberapa hiris cili merah, hijau dan bawang besar
1 tbsp tepung jagung + 1/4 cawan air
garam dan sedikit gula

Cara:
1). Tumis bawang hingga wangi.
2). Masukkan sayuran dan kacau seketika. Tambah sedikit air. Biar sayur layu sedikit.
3). Tambah garam, gula dan air tepung jagung. Kacau.
4). Masukkan cili. Kacau dan hidangkan.

Ayam Panggang Kunyit

Ni menu malam tadi..Ayam Panggang Kunyit. yang ni memang biasa jer, rasa2nya mak2 kita pun selalu panggang ayam cenggini kan. hihihi... Ni ulam timun untuk dicicah ngn sambal belacan. Puas hati.hahaha..
Walau macamana pun, nak letak gak resipi untuk rujukanku di lain hari:

Bahan:
1 bahagian paha ayam (dibersihkan dan ditoskan)
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
garam (secukup rasa)

Cara:
1). Tumbuk halia, kunyit dan garam hingga halus.
2). Lumurkan pada ayam, dan perap 4 jam ataupun semalaman.
3). Alas dulang dengan aluminium foil. Letak ayam tadi ke atasnya.
4). Panggang ayam dengan kepanasan oven 180 C hingga masak.

Monday, August 9, 2010

Fried Baby Buncis

Ni menu lunch tadi..tayang sayur jer..sebab tak masak banyak pun..penat.hihihi..mana taknya,
balik shopping terus bersilat kat dapur, bakar ikan talapia merah, wat sambal kicap dan ikan masin goreng. tu jer yang mampu..hahah
Sedap gak baby buncis ni..rangup jer..manis gituewww...resipinya spt di bawah ni:

Bahan:
Segenggam baby buncis-dibersihkan dan dibuang sikit hujungnya tu
1/2 btg carrot-dipotong bulat
2 ulas bawang putih
1 tbsp sos tiram
1/2 tbsp kicap manis
sedikit air
garam
cili merah
sedikit minyak masak

Cara:
Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan kacang buncis dan carrot..kacau. Tuang sedikit air.
Bila kacang buncis dah bertukar warna, masukkan sos tiram dan kicap manis. Perisakan dengan sedikit garam (klu nak lebih masin ya).
Masukkan cili, kacau dan leh dihidang.

Sunday, August 8, 2010

Kiwi Dadih

Hihihi..ni dia..hmmmmm..Kiwi Dadih ker Dadih Kiwi yekkk..hahah..bantailah..asal sodap, sejuk jer masuk tekak ni.Takde resipi yer untuk dadih ni, sebab leh beli kat kedai yang readymadenyer jer then balik umah masak..tuang dalam bekas kasi beku kat fridge. Bila nak makan, letak buah, pipe sikit cream dah leh makan.hihihih..senang, kan.

Bermulanya Setitis Tinta...

Hahahahaha...suspen tak baca tajuk kat atas tu.Muahahaha...sebenornya baru nak active balik berblog ni harrr..lama dah tinggal rumahku ini..dah kusam dengan penuh habuk nan bersawang2 lagiks.
Terasa rindu tak terkata buat kawan2 blogger yang tersayang Kak Nor, Kak Dayang Jack, Hana, Ika, Hasue, Love, kak Masz, Kak Hunny.....dan ramai lagi yg tak dapat nak ku tulis kat sininnnn..Windu u all tau..ade ker orang windu kita ni agaknyer.hmmmm...
Tak boleh nak berceloteh banyak sangat ni..kang takde modal pulak kang..muahahahah..
Okies, nanti akan ku letak posting walaupun dah basi, kira oklah tu ..ye dak...muahahahah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...